Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.li] | ممبلي

Definisi : ; berjual ~ menjual dan membeli; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.li] | ممبلي

Definisi : 1. memperoleh barang dgn membayar (harganya): anak itu disuruhnya ~ kopi di kedai; 2. mencapai (memperoleh) sesuatu dgn usaha yg keras (dgn pengorbanan): ijazah itu saya beli dgn usaha siang dan malam; ~-belah membeli berbagai-bagai jenis barang; alah (kalah) ~ menang memakai prb barang yg baik memang mahal harganya tetapi lama dapat dipakai; gajah lalu dibeli, kosa tidak terbeli prb pekerjaan besar dapat dibuat, tetapi pekerjaan kecil utk menjayakan pekerjaan besar itu tidak terbuat; mahal dibeli, sukar dicari prb benda yg tidak mudah didapat (jarang ada); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.li] | ممبلي

Definisi : mengambil barang dgn membayar harganya: Ia ke kedai hendak ~ buku. ~-belah membeli beberapa banyak jenis barang keperluan sehari-hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membeli

Puisi
 

Membeli tali pasar Senyawan,
     Singgah di surau tangga berlian;
Merosak hati menggugur iman,
     Seperti pungguk rindukan bulan.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Sayang rugi membeli tali timba,
     air setitik tak dapat.

Bermaksud :

Kerana takut rugi pekerjaan tidak jadi atau keuntungan tidak dapat.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Membeli MasaMuahmmad Iqbal AsyranBerita Minggu12.08.2007
Membeli baju di kota London: tak terjumpa yang 'made in England'Zaharah NawawiBerita Harian22.06.1978
Sesudah Membeli Sebidang TanahYahya SamahMingguan Wanita18.02.1983
Budaya membeli tanpa sebabZin MahmudUtusan Malaysia06.02.2003
Kenyataan tawaran membeli kenderaan terpakai-Utusan Malaysia08.12.2007
PPJ hendak membeli mesin penchetakMana SikanaBerita Harian04.01.1971
Kurang budaya membeli punca kegagalan DBPTiadaUtusan Malaysia11.01.1995
Bahasa kebangsaan jelajah pusat membeli-belahTiadaUtusan Malaysia05.10.1996
Adakan buku bacaan di pusat membeli-belahFathi Aris OmarUtusan Malaysia24.02.1996
Pembaca akhbar Melayu tak kurang kuasa membeliRejal ArbeeBerita Harian21.07.2004
12

Kembali ke atas