Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.nu.hi] | ممنوهي

Definisi : 1. mengisi (memuatkan) penuh­-penuh: air paip itu dibiarkan ~ baldi itu; 2. memadai, memuaskan, mencukupi: mengapa aku tidak dapat ~ hasrat hatinya?; pemohon-pemohon dijemput mengemukakan permohonan bagi ~ jawatan guru; 3. memuaskan permintaan dll, menyampaikan harapan dll, mengabulkan: sekadar ~ permintaan yg berulang-ulang diucapkan itu; 4. menjalankan (kewajiban dll), menepati (janji dll), me­nunaikan, menyempurnakan: kita yakin tuntutan-tuntutan yg dua lagi itu pasti akan dipenuhi jua seterusnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.nu.hi] | ممنوهي

Definisi : 1 masuk atau dimasukkan ke dlm sesuatu sehingga penuh: Berita ttg peperangan di Vietnam ~ halaman kedua surat khabar hari ini. 2 mencapai sesuatu yg diperlukan; meluluskan atau menyampaikan permintaan dll; menunaikan; mengabulkan: Baginda tidak dpt ~ syarat-syarat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan berisi: tepu, padat, pepak, mampat, tumpat, sarat, pejal, rapat, ketat, sendat, lejuh, merepuh,
Berantonim dengan kosong

2. Bersinonim dengan banyak: sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan, melimpah, melaut, lebat, rendang, merenduh, berkelun-kelun, berkepul-kepul, bergumpal-gumpal, rapat, tebal, rimbun, belanar, jenuh,
Berantonim dengan sedikit

3. Bersinonim dengan lengkap: cukup, sempurna, memadai, genap, tuntas,
Berantonim dengan kurang

4. Bersinonim dengan ramai: banyak, berduyun-duyun, berpusu-pusu, berasak-asak, bersesak-sesak, berbondong-bondong, terpermanai, berjuak-juak,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : sepenuhnya, memenuhi, memenuhkan,

Peribahasa

Kalau tiada emas sepiak,
     kerja di mana boleh jadi.

Bermaksud :

Orang yang miskin dan lemah tentulah tidak berdaya untuk memenuhi maksud hatinya. sepiak = seketip, sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Memenuhi yang tidak mencukupiAdibah AminUtusan Melayu07.07.1989
Memenuhi harapan penggiat seniMod Zaky DinBerita Harian03.03.1997
Memenuhi impian hatiAbd. Wahab HamzahUtusan Malaysia18.02.1995
Salahkah memenuhi kehendak penonton?Raja Abdul Rahman RBUtusan Malaysia02.06.1989
Universiti2 memenuhi kehendak dunia saja akan berjayaTiadaUtusan Melayu20.11.1980
Sebelum Malam Memenuhi RuangMohd Fadzil YusofBerita Minggu18.02.2007
Ramadan Datanglah MemenuhiRaja Yusof AriffinUtusan Zaman28.12.1997
Novel terjemahan memenuhi citarasaFitri AzrinHarian Metro23.10.1991
Professor Naguib memenuhi kerusi Tun Razak di OhioTiadaBerita Harian06.05.1981
Sastera siber memenuhi tuntutan masyarakat digitalAbdul Razak Mohd. KassimUtusan Malaysia (Sastera dan Budaya)12.05.2001
12

Kembali ke atas