Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mi.kul] | مميکول

Definisi : 1. membawa barang dgn galas di atas bahu, mengandar, menggalas: ~ padi; 2. mengangkat, mengusung: maka ada bertemu lapan sepuluh orang tengah ~ meriam besar; Hassan ~ peti kacanya, aku menjunjung sekotak pinggan; 3. ki menghadapi dan harus melaksanakan dsb (sesuatu) sbg tanggung­jawab, menanggung: dia pun sama ~ hutang bapanya; akan ~ tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung prb tiada berdaya mengerjakan sesuatu tugas kerana tiada berilmu (tiada ber­wang); berat sama dipikul, ringan sama dijinjing prb suka duka sama-sama ditanggung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mi.kul] | مميکول

Definisi : membawa barang di atas bahu; mengandar; menggalas: ~ kayu api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pikul
Kata Terbitan : memikul, memikulkan, pikulan, pemikul,

Puisi
 

Orang darat suka bertandang,
     Sambil bertandang membawa cangkul;
Berapa berat mata memandang,
     Berat lagi bahu memikul.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bahu memikul,
     hati menyokong.

Bermaksud :

Dengan sukarela, tidak dengan dipaksa.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Pengarah filem memikul tugas beratDan YaskirBerita Harian02.09.1988
MPR sudah matang memikul tanggungjawab?Azman IsmailUtusan Malaysia27.08.2007
Tangan Mencencang Bahu MemikulAbdul Rahim KajaiBerita Minggu01.07.1967
Berat lagi bahu memikul (Salju Sakinah)Zaid AkhtarUtusan Malaysia (Mega)28.11.2005
Berkarya, berat mata memandang berat lagi bahu memikulLim Swee TinBacaria14.10.1989
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulHantu RayaUtusan Zaman15.01.1979

Kembali ke atas