Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.ka.ta.kan] | ممڤرکاتاکن

Definisi : 1. melahirkan (dgn kata­kata), mempercakapkan, menceritakan: terasa senang hatinya sebab ia dapat ~ apa yg tersimpan di dlm hatinya; dan sepanjang hari itu orang ~ hal itu; 2. membincangkan, membicarakan: mereka berkumpul ~ da-gangan mereka pd hari itu; ~ masalah penulisan yg serius; ~ kesusasteraan rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.ka.ta.kan] | ممڤرکاتاکن

Definisi : 1 berkata ttg sesuatu; mempercakapkan: Isinya sedikit tetapi diperkatakan dgn bahasa yg berulang-ulang. 2 menjadikan sbg perkara atau sbg bahan yg dibincangkan; membicarakan: Sambil membaca, cuba fikirkan apakah perkara penting yg diperkatakan dlm makalah ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,

Peribahasa

Silap cakap kena radak,
     hilang jiwa percuma saja.

Bermaksud :

Memperkatakan sesuatu perkara (rahsia dan sebagainya), hendaklah hati-hati benar, sebab buruk padahnya. radak = tusuk dengan lembing.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Memperkatakan buku: aktiviti yang kian pentingLim Swee TinWatan08.09.1996
Memperkatakan 'Opera' dari aspek temaLim Swee TinMingguan Watan02.03.1997
Memperkatakan tentang manusia dan cabaran hidupSaad TaibUtusan Malaysia25.10.1997
Memperkatakan adab-adab dalam peperanganBurhanuddin Abdul JalalUtusan Malaysia24.04.1998
Memperkatakan tentang haidRadzuan GhazaliUtusan Malaysia29.07.1998
Memperkatakan konflik Umno-PasSirajuddin RafiaUtusan Malaysia01.04.1995
Memperkatakan tentang 'Hujan Malam', 'Hadiah'AbhaMingguan Timur11.04.1982
Memperkatakan 'bunga' bahasaIskandarBerita Harian03.02.1964
Memperkatakan fakta sebenarTiadaBacaria04.11.1984
Memperkatakan: kumpulan sajak2 "Warna Menggugat Zaman"Ali Haj Ahmad, Ahmad AdrasUtusan Zaman17.06.1962
123

Kembali ke atas