Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.sem.bah.kan] | ممڤرسمبهکن

Definisi : 1. menyampaikan (berita, surat, dll) dgn takzim, mengatakan, menceritakan: sekiranya rang undang-undang ini tidak diluluskan oleh Dewan Negara pun boleh disembahkan kpd Yang di-Pertuan Agong; maka laksamana pun ~ segala hal ehwalnya; 2. memberikan (mengunjukkan dll) dgn takzim: maka Pak Kaduk pun segeralah ~ ayamnya itu, lalu disambut oleh baginda serta diamat-amati; 3. menghidangkan (pertunjukan dll), memper-tunjukkan (permainan dll): malam ini akan dipersembahkan filem Tiga Dara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.sem.bah.kan] | ممڤرسمبهکن

Definisi : 1 mengatakan (memberitahukan dsb) dgn hormat; menyampaikan permohonan dsb dgn hormat: Pengintip-pengintip itu telah pulang ke negeri mereka lalu ~ hal tsb kpd raja mereka. 2 menghidangkan atau menunjukkan sesuatu (filem, drama dsb) kpd umum: Kumpulan tsb akan ~ drama Tamu Bukit Kenny pd malam ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mempersembahkan

Peribahasa

Memberi garam kepada laut.

Bermaksud :

Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Bandingkan dengan: Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Istana Budaya mempersembahkan Nyiur Gading Puncak MahligaiAkhbar:  New Straits Times06.09.2000
Istana Budaya mempersembahkan muzika tari Antara Selat ke BenuaAkhbar:  Utusan Malaysia07.08.2000
Pestabudaya NST mempersembahkan puisi dan laguTiadaBerita Harian20.01.1979

Kembali ke atas