Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.muat.kan] | ممواتکن

Definisi : 1. memasukkan barang-barang ke dlm (kapal, lori, dll), mengisikan: kami pun ~ barang-barang itu di tempat duduk belakang kereta; orang biasa enggan mem-buat kerja ~ barang-barang ke dlm kapal atau memunggah barang-barang dr kapal; 2. memasukkan ke dlm kandungan (majalah dsb), menempatkan (di akhbar dll), menyiar­kan (di majalah dll): apalah gunanya ~ per-kara yg kecil-kecil ini di akhbar; karanganku mengenai perjuangan rakyat tanah jajahan dimuatkan dlm salah satu surat khabar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.muat.kan] | ممواتکن

Definisi : 1 memasukkan sesuatu (spt barang-barang) ke kapal, kereta dsb; mengisikan: Kelasi-kelasi pun ~ beras itu ke dlm kapal. 2 memasukkan atau menempatkan sesuatu dlm surat khabar; menyiarkan sesuatu dlm majalah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muat (adjektif)
Bersinonim dengan ada ruang, dapat diisi, tidak sempit, tidak ketat, tidak sendat;,
Kata Terbitan : memuatkan, termuat, muatan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Memuatkan tujuh kisah pejuang tanahairTiadaBerita Minggu07.02.1988
Pura Bujangga memuatkan 16 cerpen remajaLara RichardBorneo Mail02.03.1991
Antologi cereka sains ( Hasil sayembara penulisan MPH Search 2005 memuatkan 39 karya remaja )Nazmi YaakubBerita Harian07.07.2007
Sudah terbit majalah Dewan Masyarakat dan Dewan Sastera menjelangIdilfitri ini memuatkan rencana yang membina untuk dibicarakanTiadaBerita Harian14.07.1982

Kembali ke atas