Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nai.ki]/[me.nai/.ki] | مناءيقي

Definisi : 1. memanjat, mendaki: ~ gunung; ~ takhta menjadi raja, mulai memerintah sbg raja; 2. pergi dgn kenderaan, mengenderai, menunggang: kenderaan apa yg akan engkau naiki utk ke Pulau Pinang? 3. memasuki rumah (dgn menggunakan tangga): rumah itu telah dinaiki pencuri; 4. mulai mendiami rumah (baru); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nai.ki]/[me.nai/.ki] | مناءيقي

Definisi : 1 memanjat atau mendaki (gunung dll). 2 pergi ke sesuatu tempat dgn kenderaan; mengenderai. 3 memasuki rumah mela­lui tangga: Rumahnya dinaiki pencuri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
naik (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bergerak ke atas: meninggi, mengatas, membumbung, rafak, mumbul,
Berantonim dengan turun

2. Bersinonim dengan mendaki: memanjat
Berantonim dengan turun

3. Bersinonim dengan mengenderai: menunggang, membawa, memandu,

4. Bersinonim dengan bertambah: meningkat, menjulang,
Berantonim dengan turun

Kata Terbitan : menaiki, menaikkan, kenaikan,

Puisi
 

Biar tidak menaiki lori,
     Asal boleh naik kereta;
Biar tak makan dua hari,
     Asalkan boleh berjumpa mata.


Lihat selanjutnya...(3)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Menaiki Keretapi Di Bukit BenderaSaipudin B. AMingguan Watan01.10.1995
Menaiki FeriAwang AbdullahBacaria24.01.1987
Putera Raja Fakir Menaiki Takhta SemulaZubima F. AUtusan Zaman29.07.1984

Kembali ke atas