Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nam.pung] | منمڤوڠ

Definisi : menampar, menempeleng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nam.pung] | منمڤوڠ

Definisi : menampal dgn perca kain dll (utk mengganti yg koyak atau sobek), me­nam­pal: bakul yg tembus ditampung dgn mengkuang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nam.pung] | منمڤوڠ

Definisi : 1. menadah se­suatu yg jatuh atau menitik: baldi utk ~ air hujan; 2. menerima, memberi tempat utk: beliau telah memilih Irian Barat sbg tempat ~ pen­duduk Jawa yg berlebihan itu; 3. menerima dan mengurus (penganggur dll): bagaimana­kah dapat ditampung mereka yg gagal di sekolah? 4. menerima dan me­­­­­­­­ngum­pulkan (hasil, bahan, dll): hilanglah segala media penerbit­an yg selama sebelum perang banyak ~ hasil-hasil pengarang cerpen; 5. mengadang di jalan dan melawan (musuh yg menyerang dll), mencegat, meme­gat, mena­­­­han: serangan angkatan udara musuh dapat ditampung oleh kapal-kapal terbang kita; 6. menerima dan mengatasi (masalah dsb): ada cara utk ~ kemis­kin­an dan kekurangan diri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nam.pung] | منمڤوڠ

Definisi : menampal dgn perca kain dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nam.pung] | منمڤوڠ

Definisi : 1 menadah sesuatu yg jatuh, menitik dll. 2 mem­beri tempat (ruang dsb) utk: Sta­dium itu dpt ~ kira-kira 50,000 orang penonton. 3 menerima dan mengurus (sesuatu golongan, hasil dll): Kilang itu dijangka dpt ~ sebilangan penganggur bagi mendapatkan pekerjaan. Majalah itu diterbitkan utk ~ karya para penulis tempatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tampung
Kata Terbitan : menampung, penampungan, penampung,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Penulis baru perlukan wadah menampung karyaHashim AbdullahMingguan Malaysia24.07.1994
DPMP Temerloh terbitkan 'Kunang-kunang' menampung karya ahlinyaTiadaBerita Harian07.10.1976
Dewan Sastera satu-satunya majalah khusus sastera tanah air keluaran15 Julai 1985 menampung pelbagai genre penulisan sastera popular: Antara yangmesti anda bacaTiadaBerita Minggu28.07.1985

Kembali ke atas