Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ceng.kam] | منچڠکم

Definisi : 1. memegang kuat-kuat dgn kuku (cakar), mencengkeram: rambut anaknya itu dicengkamnya lalu ditariknya; 2. mengapit (menyepit), mencantumkan kain dll (dgn menjahit); 3. ki menguasai (memeras, menindas): perjuangan sekarang adalah utk menghalang kaum kapitalis ~ semula kemakmuran negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ceng.kam] | منچڠکم

Definisi : 1 memegang erat-erat dgn kuku atau dgn cakar: Helang ~ anak ayam. 2 menyepit atau mengapit sesuatu erat-erat: Kerana terlalu marah, orang itu telah ~ leher pemuda yg kurang ajar itu. 3 ki berkuasa atas se­suatu; menguasai; menindas: Orang-orang tengah telah ~ kaum petani di luar bandar sejak dahulu lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencengkam

Peribahasa

Hinggap mencengkam (dahan),
     terbang menumpu (dahan).

Bermaksud :

Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri. (Bandingkan dengan: a. Datang nampak muka, pergi nampak belakang, b. Datang tampak muka, pulang tampak punggung). (Peribahasa lain yang sama makna: Terbang bertumpu, hinggap mencengkam).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Sengketa Terus Mencengkam Lembah OkwaZahari AffandiMingguan Islam19.08.1986
Teknik suspen dapat mencengkam perasaan pembacaRamli IsinUtusan Zaman25.01.1981
Laut Resah Kian MencengkamRushdi KurniawanBacaria25.01.1987
Biar melangit, akar mencengkam bumiNazeri Nong SamahUtusan Malaysia31.08.2005

Kembali ke atas