Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.ria.kan] | منچرياکن

Definisi : 1. menjadikan sesuatu (ruang atau kawasan tertentu) ceria, membersihkan dan mencantikkan (mengindahkan): para pelajar diarah ~ bilik darjah semasa kempen kebersihan berlangsung; 2. menyebabkan seseorang kelihatan ceria, meriangkan, meng­gembirakan: kelahiran anak sulungnya ~ kehidupan pasangan yg baru berumah tangga itu; 3. menjadikan sesuatu kelihatan menarik: pakaian para peserta yg beraneka warna ~ pesta kebudayaan yg gilang-gemilang itu; 4. memurnikan, menyucikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.ria.kan] | منچرياکن

Definisi : 1 menjadikan sesuatu ruang atau kawasan ceria, membersihkan dan mengindahkan: Pelajar diarahkan ~ bilik darjah sempena kunjungan para pelawat. 2 menyebabkan seseorang kelihatan ceria, meriangkan, menggembirakan: Kelahir­an anak sulung ~ kehidupan pasangan yg baru berumah tangga itu. 3 menjadikan sesuatu (majlis, perayaan dsb) meriah dan menarik: Pakaian para peserta yg beraneka warna ~ pesta kebudayaan yg gilang-gemilang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menceriakan


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Anugerah sastera menceriakan masa depan sasterawanWan Abdul Rahman MuhamadUtusan Melayu17.01.1997
Seni lukis menceriakan pembangunanMohd. Nori OthmanWatan Minggu31.08.1997
Memudah dan menceriakan pembacaanLanang SejagatMingguan Malaysia16.07.1995

Kembali ke atas