Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cu.ba] | منچوبا

Definisi : 1. berusaha utk membuat (mem­peroleh, melakukan, dll) sesuatu: Aini memberanikan dirinya dan ~ mengangkat muka serta memandang tepat ke muka lelaki itu; ia akan ~ melawan perasaannya sendiri utk kepentingan kasih dan anak; 2. memeriksa utk mengetahui keadaan sesuatu (sedap tidak­nya, baik buruknya, dll): kalau hendak tahu lama barunya mesin ini, cubalah hidupkan enjinnya; elok dicubalah rokok orang pekan ini; sebelum dibeli, dicubanya dahulu baju itu; 3. = mencubai menguji sesuatu (ke­bolehan, nasib, kesetiaan, dll): merantau ke negeri orang hendak ~ untungnya; disuruh baginda ~ kuat dgn Badang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cu.ba] | منچوبا

Definisi : 1 melakukan sesuatu utk mengetahui keadaannya (spt buruk baiknya dll): Sebelum membelinya, ia telah ~ kereta itu. 2 memakai (baju dll) utk mengetahui sama ada padan atau tidak: ~ baju; ~ sepatu. 3 berusaha utk mencapai sesuatu maksud dll: Mereka ~ melarikan diri tetapi gagal. 4 mengecap sesuatu utk mengetahui rasanya; merasa: Aku disuruh ~ masakannya. 5 menguji (kepandaian dll): Pihak majikan telah lebih dahulu ~ tiap-tiap pemohon sebelum diterima bekerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencuba

Puisi
 

Hendak menjala jala tersangkut,
     Jala baru dikibar juga;
Hendak mencuba hatiku takut,
     Hati takut dicuba juga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Mendirikan (= menegakkan) benang basah.

Bermaksud :

Mencuba menegakkan sesuatu yang mustahil. (Peribahasa lain yang sama makna: Menegakkan sumpit tak berisi).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Melayu malu mencuba?Abdul Latif SamianUtusan Malaysia07.05.1997
Halim berani mencubaIhsan NoorzaliMetro Ahad08.03.1998
Pengkritik muda mesti mencubaA. D. MarzukiBerita Harian20.12.1997
Harie masih tak jemu mencubaJuwieBerita Harian04.10.1982
Kemenangan membuat Lee terus berkarya mencuba bakatHassan Mohd NorUtusan Melayu04.03.1988

Kembali ke atas