Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cung.kil] | منچوڠکيل

Definisi : 1. mengeluarkan (melepaskan dll) sesuatu dgn pencungkil, mengorek keluar dgn pencungkil; ~ gigi mengeluarkan sisa makanan dll yg terselit di gigi; ~ kelapa mengeluarkan isi kelapa dr tempurungnya; ~ mata mengeluarkan biji mata; 2. menanam cacar, mencacar; 3. ki memeriksa dgn teliti, membongkar rahsia (kesalahan dll), menge­luarkan sesuatu yg terpendam (tidak diketahui umum dll); ~ rahsia; Hasan mencipta watak-watak asli yg dicungkil drpd keperibadian dan sifat-sifat orang Melayu kampung; ada banyak resepi Melayu tradisional yg masih belum dicungkil oleh majalah ini; bakat-bakat baru berjaya dicungkil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cung.kil] | منچوڠکيل

Definisi : 1 mengorek dan menge­luarkan (membuang dll) sesuatu dgn cungkil: ~ tabung. 2 memasukkan benih cacar ke dlm tubuh (utk mencegah penyakit cacar); menanam cacar. 3 ki memeriksa dgn teliti; menyelidik (rahsia dll): Ayah mencuba ~ rahsia yg tersimpan di hati Ahmad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencungkil


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Mencungkil pemikiran A Samad SaidRazali EndunSiasah18.05.2008
Mencungkil rahsia, jasa P RamleeEllyna AliHarian Metro28.02.2007
Mencungkil bakat berpuisiMoharani TanusiBerita Harian30.11.1997
Mencungkil bakat baru dalam seni krafTiadaNusantara30.12.1990
Mencungkil bakat sastera di daerah terpencilAkhbar:  Utusan Malaysia16.09.2004
Festival Teater mencungkil bakat kanak-kanakAkhbar:  Utusan Malaysia (Seni)23.11.2002
Perhimpunan penyair dapat mencungkil bakat baruTiadaBerita Harian11.01.1988
Mengapakah penulis2 kita mencungkil keunggulan dari kegemilangan zamanlampau?Ilias ZaidiUtusan Zaman16.10.1983
Peraduan cerpen anjuran DBP Sarawak dapat mencungkil bakat baruJeniri AmirBerita Minggu25.11.1984

Kembali ke atas