Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cu.ri] | منچوري

Definisi : 1. mengambil kepunyaan orang tidak dgn kebenarannya, memaling: kadang-kadang dia ~ duit ayahnya dan sebab itulah dia selalu dipukul; 2. = mencuri-curi mem­buat sesuatu dgn tidak diketahui orang atau dgn diam-diam (sembunyi-sembunyi, rahsia): ketika saya ~ melihat mukanya, nampak ia tersenyum; dia telah ~ pergi bersama-sama kawannya; ~ hati memikat hati; ~ masa menggunakan masa bekerja utk hal lain; ~ pandang memandang dgn cepat-cepat lalu menoleh ke tempat lain; ~ pekerja mengambil atau menarik pekerja (yg sedang berkhidmat dgn) sesebuah syarikat dll tanpa kerelaan majikan­nya; ~ tulang mengelakkan pekerjaan dgn tipu helah (kalau tidak diawasi tidak bekerja); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cu.ri] | منچوري

Definisi : 1 mengambil hak orang dgn tidak setahu atau dgn tidak mendapat kebenaran orang yg empunya: Orang yg ~ ayamnya itu telah ditangkap polis. 2 = mencuri-curi membuat atau melakukan sesuatu secara sem­bunyi-sembunyi: Dia ~ melihat gadis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencuri

Puisi
 

Baru kembang bunga seroja,
     Sudah ada orang mencuri;
Besar-besar istana raja,
     Kecil-kecil pondok sendiri.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Pantas seperti tangan beruk (= monyet).

Bermaksud :

Kecepatan tangan seseorang yang merampas atau mencuri barang orang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Mencuri WaktuAbdul Hadi YusufUtusan Zaman30.06.1996
Mencuri kasih menumpang sayangAwang Had SallehUtusan Malaysia06.03.1991
Mencuri MarahJamaludin DMingguan Malaysia (Seni dan Sastera)12.11.2000
Takkan Mencuri Depan OrangZaharah NawawiUtusan Malaysia09.05.1986
Seseorang Telah Mencuri Hari TuanyaShapiai Muhammad RamlyMingguan Malaysia08.10.1995
Seorang Yang Lagi Mencuri Di sebuah MasjidIsmaily BongsuSabah Times28.11.1989
Ada Anak Kecil Mencuri HatikuAjikikMingguan Malaysia15.08.1976
Melepak, melepek, lama-lama mencuri ...Lanang SejagatMingguan Malaysia16.01.1994
Cara-cara dan ciri-ciri mencuriPak SakoWatan17.11.1988
Pemuda Baghdad akhirnya papa dan terpaksa mencuriTiadaBerita Harian04.05.1989
12

Kembali ke atas