[me.ne.lan] | منلن
Definisi : 1. memasukkan (makanan dll) ke dlm perut melalui kerongkong: makanan itu pun dikunyahnya, kemudian barulah ditelannya; 2. memakan mangsa dll, melulur: ular itu kononnya sangat besar dan boleh ~ seekor kerbau; 3. ki memakai banyak-banyak (perbelanjaan dll), banyak memakan atau menggunakan: utk mengundang manusia seramai itu pun sudah ~ belanja yg besar juga; 4. ki mengambil sesuatu secara gelap atau haram (makan suap dll): sebahagian wang ini ditipu dan ditelan oleh pegawai-pegawai yg bertanggungjawab dlm lapangan sosial; 5. ki menerima sesuatu yg tidak menyenangkan (spt kekalahan dll): walau bagaimanapun orang Melayu terpaksa ~ kecaman yg sebegitu pedas; 6. menguasai (negeri dll), menakluki: dia memberitahu kerajaan bahawa orang asing itu akhirnya akan ~ Jepun; 7. ki menguasai, menghapuskan, melenyapkan: sesungguhnya itu satu lagi warisan budaya yg patut sama-sama dipelihara agar tidak pupus begitu sahaja ditelan zaman (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.ne.lan] | منلن
Definisi : 1 memasukkan sesuatu ke dlm perut melalui kerongkongan: Sebelum ~, kita hendaklah mengunyah makanan lumat-lumat. 2 memakan mangsanya dgn tidak dikunyah (ttg ular dll): Bagai cacing hendak ~ naga. 3 menggunakan banyak-banyak (ttg belanja dll): Pembinaan jambatan itu telah ~ belanja dua juta ringgit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)