Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nem.pe.la/] | منمڤلق

Definisi : mencerca atau mencela dgn keras (dgn membangkit-bangkitkan hasil yg sudah-sudah), menggusari dan menyesali: sudah melampaui batas apabila seorang anak sulung boleh ~ bapanya di hadapan mukanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nem.pe.la/] | منمڤلق

Definisi : mengeluarkan kata-kata yg pedas utk mencela orang yg telah melakukan kesalahan dll; menggusari dan menye­sali: Mereka ~ aku kerana aku suka belajar bahasa Inggeris dan suka berkawan dgn orang Inggeris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menempelak

Peribahasa

474

The pot calling the kettle black

Orang yang mengkritik atau mengata orang lain sedangkan dia pun sama seperti hal yang dikatakan itu.

Biasa di sayak di bawa ke dulang, biasa di awak ke orang

My grandmother overheard her neighbour gossiping that she had no dignity as she had married another woman's husband. She rebuked by saying: ''Well, look who''s talking. Weren't you the one who got attacked by those women when they heard that you wanted to marry their husband? Talk about the pot calling the kettle black!''

Nenekku terdengar umpatan jirannya yangmengatakan bahawa dia tidak ada maruah kerana berkahwin dengan suami orang. Dia menempelak kembali dengan berkata: ''Cermin diri kau dulu. Bukankah kau dulu diganyang oleh madu-madu kau apabila mereka mendapat tahu yang kau hendak merampas laki mereka? Biasa di sayak di bawa ke dulang, biasa di awak ke orang, konon!''

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Penawan menempelak kerana hampa dan marahAbdullah MuhdUtusan Zaman10.09.1967

Kembali ke atas