Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nen.tang] | مننتڠ

Definisi : 1. memandang tepat-tepat pd, menatap: rupanya pun terlalu amat elok spt bulan purnama, gilang-gemilang, tiada dapat ditentang nyata; 2. mengarahkan pandangan kpd, melekatkan pandangan kpd: lapang hatinya dapat ~ wajah Dang Kenanga yg selalu tersenyum; 3. memberi perlawanan kpd, melawan, memerangi: mereka sedang ~ keganasan; 4. tidak menyetujui (pendapat, usul, perintah, dll), membangkang, menam­pik, mendaga, menolak (cadangan dll), me­nyang­gah: dia menggunakan kesempatan yg baik ini utk ~ ajaran Hamzah; semua pekerja ~ peraturan-peraturan yg tidak berperi­kemanusiaan; 5. tidak mematuhi (undang-undang dll), menyalahi (aturan): barang siapa yg didapati ~ peraturan-per­atur­an bekerja ini akan didera; 6. meng­hadapi atau dgn sengaja menjumpai bahaya (bencana dll), menempuh (bencana): ~ marabahaya; 7. menghadapi, menjelang: hidup ~ mati; 8. mengarah, menuju: belayar ~ pulau; 9. menyongsong (angin, ombak, dll): belayar ~ angina; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nen.tang] | مننتڠ

Definisi : 1 memandang tepat-tepat pd sesuatu; menatap: Lapang hatinya dpt ~ wajah anak yg dikasihinya itu. 2 melawan atau memerangi musuh dll: Banyak perajurit yg telah terkorban dlm peperangan ~ musuh. 3 ki tidak menyetujui pendapat, usul dll; tidak mematuhi peraturan, undang-undang dsb; menyanggah; membangkang: Tiada sesiapa yg berani ~ usulnya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Banting-banting tumbuhlah damit,
     Disukat bahagian panjang;
Pengantin lagi damit,
     Ibu bapanya akan menentang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Rugi menentang laba,
     jerih menentang boleh.

Bermaksud :

Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan. (Peribahasa lain yang sama makna: Jerih menentang boleh, rugi menentang laba).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Menentang DugaanTiadaUtusan Zaman11.08.1985
Menentang keras percubaan pertikai dasar pelajaranTiadaUtusan Melayu19.10.1987
Menentang dan mempertentangkanSupian Mohamad NoorWatan31.03.1995
Menentang Malayan UnionTiadaMingguan Malaysia05.03.1995
Menentang kezaliman menyokong kebenaranAdibah AminUtusan Melayu22.01.1988
Menentang AlamMokhtar YassinBerita Minggu14.03.1965
Menentang komunis dan menubuhkan RIDAShaharom HusainMerdeka01.02.1986
Menentang penjajahan peranan sastera remaja IslamFaisal TehraniUtusan Malaysia10.01.2005
Operasi menentang komunisTiadaUtusan Sarawak09.02.2009
Perjuangan menentang penjajah BelandaTiadaMingguan Malaysia28.01.1996
123456

Kembali ke atas