Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.du] | مڠادو

Definisi : 1. mempertemukan (dua benda), meletakkan dsb berdekatan, mendekatkan (utk membandingkan dsb); 2. menyentuhkan (gelas dll), menghantukkan (gelas, kepala, dll), melagakan: ~ kepala ke dinding; ~ tuntung jarum prb menyatukan fikiran yg sukar itu sangat susah; 3. memperlagakan, menyabung: ~ ayam; 4. mempertandingkan, mem­perlawankan: ~ layang-layang; ~ tenaga mempertandingkan kekuatan; 5. mem­beri­tahu seseorang mengenai sesuatu (yg tidak menyenangkan dsb) utk mendapatkan per­tolongan (sokongan, simpati, dsb): dia ~ kpd ibunya apabila dia dicubit oleh kakaknya; dia tidak ~ kpd sesiapa tentang layanan buruk yg dialaminya itu; 6. meminta ke­adilan: ~ kpd hakim; ~ lidah berbantah; ~ nasib = ~ untung mencuba untung, beradu nasib; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.du] | مڠادو

Definisi : 1 menjadikan binatang (spt ayam) berlaga; melagakan: ~ ayam. 2 memberitahu seseorang (utk mendapat belas kasihan, pertolongan dsb): Sejak ayah dan ibunya meninggal, tiada lagi tempat ia hendak ~. 3 menyampaikan sesuatu utk memburuk-burukkan orang lain: Kita harus berhati-hati kerana ada antara kita di sini yg suka ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengadu

Puisi
 

Rumah besar tiang seribu,
     Rumah kecil tiangnya sepuntung;
Kecil mengikut ibu,
     Sudah besar mengadu untung.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Mengadu kucing dengan babi.

Bermaksud :

Bermain ceki dengan bertaruh wang. ceki = sejenis permainan judi Cina.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Tunku mengadu sakit sendiTiadaBerita Harian09.06.1984
Tunku mengadu sakit sendi2TiadaHarian Nasional09.06.1984
Dia Mengadu Kepada MatahariAnjan AhzanaUtusan Melayu17.10.2004
Bagaimana nak mengadu kepada akhbar?Pak SakoUtusan Zaman05.10.1980
Di mana anda mengadu bila timbul masalah?Saring SiradBerita Minggu21.08.1978
Orang-orang kampung mengadu...Pak Pandir ModenUtusan Malaysia04.06.1981
Pusat Pelajar: tempat mengadu semua masaalahIlias Haji ZaidiUtusan Melayu01.11.1980
Tiada Lagi Tempat MengaduRokiah Abu BakarUtusan Zaman01.03.1964
Siapa lagi tempat mengadu (Salju Sakinah)Zaid AkhtarUtusan Malaysia (Mega)25.05.2005
Seni jadi tempat mengadu dukaAkhbar:  Metro Ahad15.06.2003
12

Kembali ke atas