Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.lah] | مڠاله

Definisi : tidak mahu melawan (berkelahi, bertengkar, dll), mengaku kalah (dgn tidak menentang dsb), menyerah: Saman ~ dan tidak suka perkara itu berpanjangan; ia tidak mahu ~ walau apa pun yg terjadi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lah] | مڠاله

Definisi : membendung (sungai utk mengambil ikan), menebat, mengempang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lah] | مڠاله

Definisi : tidak mahu memper­tahankan (hak, pendirian, dll), dgn sengaja (atau pura-pura) kalah: tidak semestinya orang yg ~ itu kalah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lah] | مڠاله

Definisi : tidak mahu melawan atau tidak mahu menentang; tidak mahu mempertahankan pendapat dll; menyerah: Dia tidak mahu ~ walau apa pun yg terjadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nga.lah] | مڠاله

Definisi : 1 berpura-pura alah; dgn sengaja alah: Selama ini, abangnyalah yg selalu ~. 2 tidak mahu mempertahankan haknya, pendiriannya dsb: Dia tidak mahu ~ dlm perdebatan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalah (adjektif)
1. Bersinonim dengan tewas: tumpas, kecundang, alah, gagal, patah, gugur rugi, hilang,
Berantonim dengan menang

2. Bersinonim dengan tidak lulus: gagal, kecundang,

3. Bersinonim dengan tidak setanding: tidak setaraf, tidak sebaik, tidak sebagus,

Kata Terbitan : mengalah, mengalahkan, kekalahan,

Puisi
 

Sayang ke darat menahan pukat,
     Sayang ke padang ke Sungai Merah;
Seperti kertas dengan dakwat,
     Sama menghancur sama mengalah.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kalau tidak ada senapang,
     baik berjalan lapang.

Bermaksud :

Jika tiada bersenjata atau bertenaga baiklah mengalah.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Mengalah janganRaimah R'zianiNew Sabah Times28.12.2008
Mengalah janganRonnieNew Sabah Times11.11.2008
Mengalah demi perpaduan partiTiadaMingguan Malaysia13.08.1995
MengalahWee K. CryWatan23.07.1996
Jangan mengalah pada cabaranMohd. Lazim EndutUtusan Malaysia14.01.1992
MFN: mengapa Clinton mengalahLanang SejagatMingguan Malaysia12.06.1994
Penulis muda cepat mengalah sebelum berjuangTiadaMingguan Famili21.06.1987
Pejuang bahasa jangan mudah mengalahAwang SulungUtusan Zaman27.08.1995
Pejuang bahasa usah cepat mengalahZainal ABerita Harian14.04.1997
KAPI, NU khuatir Indonesia mengalahRosihan AnwarBerita Harian05.12.1968
12

Kembali ke atas