Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.lir] | مڠالير

Definisi : menangkap buaya dgn tali alir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lir] | مڠالير

Definisi : 1. bergerak berterusan (bkn air, cecair, tenaga elektrik, dll): air sungai ~ ke laut; darah ~ keluar drpd luka di kepala­nya; 2. bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit, meleleh (bkn air mata, peluh, dll): air matanya ~ juga dlm suram-suram cahaya; 3. bergerak melalui atau menerusi kawat (bkn arus atau tenaga elektrik); 4. bergerak keluar atau masuk (dr sebuah negara ke negara lain dsb), berpindah banyak-banyak (ke negara atau tempat lain): emas ~ ke luar negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lir] | مڠالير

Definisi : 1 bergerak maju perlahan-lahan (ttg benda-benda cair): Air sungai ~ ke laut. 2 bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit (spt air mata dll); meleleh: Peluhnya ~ membasahi bajunya. 3 bergerak melalui atau menerusi kawat (ttg tenaga elektrik). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengalir

Puisi
 

Sungai Apu air mengalir,
     Tempat orang menuba ikan;
Adik ke hulu abang ke hilir,
     Sama-sama tolak belakang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Dari telaga yang jernih,
     tak akan mengalir air yang keruh.

Bermaksud :

Daripada sifat yang mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Mengalir Ia MengalirSabar BohariUtusan Melayu22.07.1990
MengalirLee Keok ChihWatan Minggu02.11.1997
Mengalir Ia Sa-ribu MusimDjamal TukiminBerita Minggu09.05.1971
Rindu Mengalir di Ramadan iniNazri HusseinBerita Minggu24.09.2006
Sungai Mengalir Deras, Sampah HanyutKhadijah HashimBerita Minggu08.03.1981
Arus Mengalir SongsangPok Teh MynMingguan Malaysia20.04.1986
Bengkoka Mengalir KeruhRaibit RaygBorneo Mail21.01.1996
Sungai Mengalir Lesu: Zakaria puas hasilkan skripSiti Rohayah AttanUtusan Malaysia29.07.1997
Sungai mengalir lesu cetus peraduan esei/kritikanNohd. Nori OthmanWatan Minggu31.08.1997
Sungai Mengalir Lesu...selepas Lantai T. PinkieSiti Rohayah AttanUtusan Malaysia24.07.1997
123456

Kembali ke atas