Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngam.bil] | مڠمبيل

Definisi : 1 memegang sesuatu lalu membawa atau mengangkatnya; memungut sesuatu yg ada di bawah: Ia membongkok lalu ~ buku yg di atas lantai itu. 2 menggunakan sesuatu kepunyaan orang (dgn kebenaran ataupun tidak: Kalau aku tidak silap, adikmulah yg ~ topi kamu tadi. 3 memerlukan; memakan: Kerja itu akan ~ masa dua bulan. 4 mendapatkan sesuatu (spt sukatan, bacaan) dgn menyukat atau dgn mengukur: Ketika aku terlantar di rumah sakit dahulu, jururawat datang ~ suhu badanku dua kali sehari. 5 menerima orang utk bekerja dsb: Firma tsb akan ~ beberapa orang pekerja baru pd tahun hadapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengambil

Puisi
 

Ke laut mengambil lokan,
     Burung tiung memanggil anak;
Janganlah malu janganlah segan,
     Samalah kita berdagang sanak.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Mengambil bungkalan kurang.

Bermaksud :

Salah terima (merasa dirinya tersinggung oleh perkataan orang).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Mengambil iktibar daripada sejarahBaharin RamlyUtusan Malaysia11.06.1998
Mengambil kira soal-soal moraliti manusia sejagat: "Puteri" persoalkankecintaan pribumi terhadap tanahairKu Seman Ku HussainUtusan Malaysia27.07.1987
Jangan mengambil mudah kisah-kisah sejarah - GhazaliTiadaUtusan Melayu26.08.1980
Kegiatan mengambil madu lebahTaha Abd. kadir, A. Rahim MarasidiWatan Minggu24.11.1996
Minat mengambil sejarah sebagai bahan cerpenOthman PutehBerita Minggu08.04.1990
Minat mengambil sejarah sebagai bahan cerpenTiadaBerita Minggu08.04.1990
Ke Riau mengambil pelatih untuk pasukan tenteraMelan AbdullahWatan23.08.1983
Saat Allah mengambil hak-Nya (Semakin Dekat)Aminah MokhtarUtusan Malaysia28.04.2004
Mengapa anda tidak mengambil kesempatan untuk membawa keluarga kepameran buku sempena musim cuti sekolah ini?TiadaBerita Minggu11.12.1988
Tiada seniman dapat mengambil tempat P. RamleeChe Ahmad AwangHarian Nasional10.07.1990
12

Kembali ke atas