Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngang.kat] | مڠڠکت

Definisi : 1. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan: ia ~ panggang dr api; beberapa orang murid ~ tangan utk menjawab soalan guru; 2. membawa pergi atau membawa dr satu tempat ke tempat lain: diangkatnya barang itu ketika ia berangkat tadi; ~ beg-beg masuk ke dlm kereta; 3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat): hendak ~nya menjadi pengerusi; peristiwa dan tindakan penting yg ~ taraf bahasa Melayu menjadi bahasa kebang­saan; 4. (mulai) melakukan (menyatakan dll): ~ sumpah; 5. mengambil sbg, mengakui sbg (anak dll): ia telah diangkat anak oleh penghulu; 6. Id menangkap dan membawa pergi: semalam ia diangkat oleh polis; 7. ki memuji (kerana hendak menyukakan hati): pandailah kau ~ dia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngang.kat] | مڠڠکت

Definisi : 1 menggerakkan ke atas; membawa ke atas; menaikkan: Badang telah ~ batu itu lalu melontarkannya sampai ke seberang. 2 mengambil (sbg); mengakui (sbg): Datuk Penghulu itu telah ~ dia sbg anak. 3 menentukan orang yg akan memegang sesuatu jawatan dsb; melantik: Perdana Menteri Tun Abd. Razak telah ~ Datuk Hussein Onn sbg Timbalan Perdana Menteri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengangkat

Puisi
 

Sekoci belayar di Lautan Hindi,
     Singgah sebentar mengangkat taut;
Jangan dibiar kedapatan budi,
     Takut kecundang kasih berpaut.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bulat waris mengadakan buapak,
     bulat buapak mengadakan lembaga.

Bermaksud :

Kata sepakat waktu mengangkat datuk lembaga. buapak = kependekan daripada ibu dan bapa.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Mengangkat persembahan MakyungAbd. Aziz ItarUtusan Malaysia25.11.2008
Mengangkat karya kartun komik jadi drama, filemZainuri MisfarBerita Harian05.11.2008
Mengangkat dunia pendidikan dalam perspektif komunitiHerman Hamid dan Mohd Fairuz YusofUtusan Malaysia14.08.2008
Mengangkat taraf bahasa MelayuSharifudin LubisBerita Harian23.04.2008
Mengangkat martabat tulisan jawi di MalaysiaRazif Abdul RahimBerita Harian05.12.2007
Mengangkat Merbok sebagai pusat batikRahana MdUtusan Malaysia01.08.2007
Mengangkat kesenian MalaysiaMaliah SuripKosmo14.06.2006
Mengangkat kesenian puisiJulia IsmailKosmo11.09.2006
Mengangkat martabat MelayuAsyraf Wajdi DusukiBerita Harian05.10.2000
Mengangkat P. Ramlee dalam puisiNazeri Nong SamahUtusan Malaysia11.05.2000
123456

Kembali ke atas