Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.rang] | مڠارڠ

Definisi : 1. menyusun dsb (bunga, per­mata, manik, dll) hingga kelihatan menarik, menggubah: puteri itu memetik bunga dan ~ kuntum; sebentuk cincin intan dikarang; ~ telur bertelur, mengandungi telur; 2. mereka atau menulis (cerita, cerpen, novel, dll), men­cipta (sajak dll), menggubah (lagu): tuan itulah yg ~ kitab loghat bahasa Melayu; ~ novel dan cerpen; 3. mengadakan, mereka-reka: kalau sudah kehabisan bahan, mereka gemar pula ~ berita yg bukan-bukan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.rang] | مڠارڠ

Definisi : menjadi arang, menjadi hitam spt arang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.rang] | مڠارڠ

Definisi : 1 mencucuk manik atau menggubah bunga dll; mengikat permata dll. 2 membuat atau menulis cerita (novel, sajak dll): Beliau banyak ~ cerpen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tulis: catat, coret, reka, cipta, sunting, nukil,

2. Bersinonim dengan gubah: susun, cucuk, atur,

Kata Terbitan : mengarang, terkarang, karangan, pengarang,

Puisi
 

Apa guna mengarang bunga,
     Kalau tidak selah-jemelah;
Kalau kering Lautan China,
     Barulah cinta adik berubah.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai ayam mengeram telur.

Bermaksud :

Peri keelokan, merah muka seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam mengarang telur).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Mengarang seribu kemampuanA. Rahim AbdullahUtusan Malaysia18.03.1993
Mengarang? boleh saja..Bayan BudimanMingguan Watan09.03.1997
Mengarang perlukan kemahiranLim Swee TinBacaria14.02.1990
Mengarang bukan hanya menulisAwang SariyanBacaria04.09.1984
Mengarang surat dan cerita/fiksyenMeor AminBacaria07.10.1984
Mengarang karangan jenis dialogMeor AminBacaria24.05.1984
Peraduan Mengarang Esei 2008 [Iklan]-Utusan Malaysia07.08.2008
Peraduan Mengarang Esei 2007-Mingguan Malaysia25.11.2007
Sayembara Mengarang DBP bagaiman nasib karya pemenang?Azman IsmailUtusan Malaysia01.10.2007
Peraduan mengarang-Utusan Melayu08.01.2007
12345678910...

Kembali ke atas