[me.nge.cap] | مڠچڤ
Definisi : mengocok (daun terup), menggaul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.nge.cap] | مڠچڤ
Definisi : 1. membubuh atau menaruh cap, menjadikan bercap; 2. mencetak (buku, surat khabar, kain, dll): surat khabar Utusan Melayu telah ~ berita itu dgn huruf-huruf kasar di muka hadapannya; 3. memberi bertanda: bilangan gigi gear itu ada dicap pd gear tersebut; 4. ki menganggap sbg, menuduh atau menamai: Amerika sendiri mungkin dicap ingin menguasai Vietnam Selatan; kita boleh ~ dia sbg “sasterawan nakal”; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.nge.cap] | مڠچڤ
Definisi : 1. mengeluarkan bunyi spt bunyi cicak; 2. = mengecap-ngecap, berkecap-kecap, terkecap-kecap mengatup-ngatupkan mulut ketika makan hingga berbunyi berdecap-decap: dia makan sambil ~-ngecap; 3. merasa (mencuba) masakan dll, mencicip: ~ gulai utk mengetahui sedap tidaknya; 4. ki merasai, menikmati: ~ kebahagiaan; ~ nikmat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.nge.cap] | مڠچڤ
Definisi : 1 merasa masakan dll (utk mengetahui enak tidaknya): ~ gulai. 2 ki menikmati; merasai: ~ nikmat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[me.nge.cap] | مڠچڤ
Definisi : 1 membubuh cap; menjadikan bercap: ~ jari. 2 mencetak (buku dll): Syarikat kami sanggup ~ buku dan majalah. 3 ki menganggap: Beliau telah dicap sbg batu api di pejabat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)