Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.sil.kan] | مڠحاصيلکن

Definisi : 1. mendatangkan (menge­luar­­kan, memberikan) hasil: Asia Tenggara ~ bijih timah yg banyak sekali di dunia; 2. mencipta (sesuatu): bagi ~ bunyi sesuatu jirim itu mestilah bergetar; ia seorang pengarang yg ~ lebih drpd 20 buah cerita pendek; 3. mengakibatkan; 4. menyebabkan (berhasil), membuahkan: pertemuan mereka yg per­tama itu telah ~ rasa cinta di dalam sanubari masing-masing; ketekunanlah yg telah ~ usahanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.sil.kan] | مڠحاصيلکن

Definisi : 1 mendatangkan hasil; mengeluarkan hasil: Australia ~ kira-kira satu pertiga drpd jumlah eksport bulu biri-biri di dunia. 2 mencipta sesuatu: Beliau telah ~ lebih drpd dua puluh buah cerita pendek. 3 mendatangkan sesuatu kebaikan dll; membuahkan: Perkenalan itu telah ~ satu perhubungan yg mesra. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hasil (kata nama)
1. Rujuk dapat pendapatan

2. Rujuk panen

3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,

4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil,

Peribahasa

Kecil umpan besar ikan.

Bermaksud :

Dengan usaha yang sedikit dapat menghasilkan pekerjaan yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Menghasilkan karya kreatif berunsur IslamA. Aziz DeramanSinar Harian13.12.2007
Menghasilkan skrip drama yang baik bukan satu perkara mudahMaizaton ESNew Strait Times26.11.1986
Menghasilkan novel kanak-kanak perlukan pendekatan psikologiAlias IsmailUtusan Malaysia29.02.1996
Menghasilkan buku biografi bukan tugas senangTiadaBerita Harian29.07.1998
Menghasilkan teater ke arah drama bermutu The 80's Drama CentreTiadaUtusan Malaysia24.08.1983
Menghasilkan novel: sejauh mana kencenderungan penulisan kitaM. Hanafiah A. SamadBerita Minggu26.04.1987
Menghasilkan novel: sejauh mana kecenderungan penulisan kitaM. Hanafiah A. SamadBerita Minggu26.04.1987
Menghasilkan Karya Untuk Kanak-kanak Lebih sukarJahara AliasMingguan Wanita01.05.1985
Pengalaman menghasilkan Cabaran SemusimAlias IsmailMingguan Malaysia16.06.1996
Bagaiman menghasilkan sebuah karangan yang baik?TiadaWatan13.01.1995
1234

Kembali ke atas