Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hi.dup.kan] | مڠهيدوڤکن

Definisi : 1. membuat supaya hidup (terus bernafas), tumbuh dan membesar: mustahil kita dapat ~ semula orang yg telah mati; pembajaan yg teliti boleh ~ pokok itu; 2. menjadikan bergerak atau berjalan (bkn pertubuhan, perusahaan, dsb); 3. membuat supaya berjalan (bkn enjin, jam, dsb): ber­usaha ~ kembali syarikat kerjasama itu; ~ enjin keretanya; 4. menyalakan (api, lampu, dsb), memasang: ~ api dapurnya; 5. menim­bulkan kembali (sesuatu kenangan lama dsb): ~ kenang-kenangan lama sewaktu mereka sama-sama menuntut di universiti dahulu; 6. menyebabkan sesuatu cerita, lukisan, dsb hidup (yakni spt keadaan yg sebenarnya): dia begitu pandai memilih warna sehingga ~ lukisannya; 7. menjadikan suasana giat dan bersemangat: gelak ketawanya ~ suasana di dlm rumah itu; 8. menyebabkan timbul se­suatu perasaan, minat, dsb: ~ minat mereka utk bekerja dgn lebih keras lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hi.dup.kan] | مڠهيدوڤکن

Definisi : membuat supaya hidup (dlm berbagai-bagai erti spt memasang lampu, menyalakan api): Dia ~ enjin kereta­nya. Apabila dia berasa sejuk, dia pun ~ api utk memanaskan badannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hidup
1. Bersinonim dengan bernyawa
( bernafas, tumbuh, membesar, bercambah, bertunas, berputik, berpucuk, membiak, menjalar, berbuah, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan mati

2. Dalam konteks bunga
bersinonim dengan segar, betul,
(adjektif:)
Berantonim dengan palsu

3. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan cergas, giat, aktif,
(adjektif:)
Berantonim dengan mati

4. Bersinonim dengan tinggal
( diam, duduk, menetap, menginap, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : hidup-hidup, hidupan, menghidupkan, penghidupan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Menghidupkan isu sastera dalam teaterTiadaBerita Harian14.06.2008
Menghidupkan semula Kampung Buku LangkawiMohamad AbdullahUtusan Malaysia11.04.2007
Menghidupkan era kegemilangan jogetTiadaUtusan Melayu13.11.2006
Menghidupkan semula anugerah tokoh bahasaA.F. YasinUtusan Melayu14.08.2006
Menghidupkan semula Revolusi MentalNoor Azam ShairiUtusan Malaysia25.06.2002
Menghidupkan semula 'sape'Jamaludin ImanUtusan Malaysia11.01.1997
Menghidupkan bara idealismeJohan JaaffarMingguan Malaysia13.07.1997
Menghidupkan kembali acara baca puisiKu Seman Ku HusinUtusan Malaysia25.06.1998
Menghidupkan permainan tradisionalRamli IsmailUtusan Malaysia15.02.1993
Menghidupkan bangsawanMohd. Lazim EndutUtusan Malaysia24.09.1994
123

Kembali ke atas