Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hi.na] | مڠهينا

Definisi : , menghinakan 1. memperlaku­kan spt orang yg hina, rendah (kedudukan dll): biarlah saya menghina diri saya sendiri sebelum orang lain ~ saya; 2. menyinggung perasaan orang (memaki dll), memburukkan nama orang, mengejikan: dia sudah tentu tak suka menghina orang dan tak suka pula dihinakan oleh orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hi.na] | مڠهينا

Definisi : memburukkan nama orang; mengeji; mencela: Tidak baik kita ~ orang (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hina (adjektif)
Bersinonim dengan keji, tercela, tercemar, terkutuk, lata, buruk, kotor;,
Kata Terbitan : menghina, terhina, kehinaan, penghinaan,

Puisi
 

Ikan haruan dipanggang tenggiri,
     Mari masuk ke dalam perahu;
Jangan tuan menghina diri sendiri,
     Sama saja badan berbau.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Akik disangka batu.

Bermaksud :

Sesuatu yang menghina. akik = sebangsa batu berwarna.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
"Menghina Nabi" Dewan tegur laporan pusat IslamTiadaUtusan Melayu27.10.1977
Menghina negara melalui filemLanang SejagatMingguan Malaysia15.12.1996
Menghina Islam dalam buku teks?Darma MohamadBerita Minggu04.03.1984
Sikap menghina wanita satu warisan dari zaman jahiliahAzah AzizUTUSAN ZAMAN13.06.1976
Jangan menghina bahasa MelayuSalmy HashimWatan10.10.1995
"Tivi" menghina orang kampungUsman AyubUtusan Zaman22.09.1996
Hentikan iklan menghina bahasa kebangsaanMohd Arif AtanSiasah22.06.2008
Cerpen Azizi menghina perempuan?Nur ShamUtusan Mamat04.01.1981
"Tok Guru" menghina?Abu Hassan MuradBerita Harian10.12.1988
Undang-undang menghina agama digunakan untuk mendakwa Salman RushdieTiadaUtusan Melayu08.03.1989
123

Kembali ke atas