Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.kis] | مڠيکيس

Definisi : 1. menghilangkan, melenyapkan, meluputkan: kemesraan itu sekarang sudah cukup sebati dan tidak dapat dikikis lagi; ~ ingatan yg mengacau di fikirannya; 2. menghabiskan (harta benda): oleh sebab suka berjudi ia telah ~ habis harta pusaka drpd orang tuanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.kis] | مڠيکيس

Definisi : mengerik (menghapuskan dll) dgn benda tajam (spt pisau dll): cat pd dinding itu harus dikikis dahulu sebelum disapu cat yg baru; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.kis] | مڠيکيس

Definisi : 1 menghapuskan sesuatu dgn benda tajam: ~ karat. 2 ki menghilangkan atau meluputkan (perasaan, fikiran dsb): Dia mencuba ~ perasaan iri hati terhadap temannya itu. 2 ki menghabiskan (harta, wang dsb): Habis dikikisnya segala harta peninggalan ayah dan ibunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kikis2 (adjektif)
1. Bersinonim dengan hilang: lenyap, luput,

2. Dalam konteks harta benda
bersinonim dengan habis, haus, punah, lingkup,

Kata Terbitan : mengikis, kikisan, mengikis,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Mengikis anggapan salah bangsa MelayuAbdullah HassanUtusan Malaysia28.03.1996
Mengikis budaya ampu dalam teaterKhalid SallehBerita Harian (Persada Seni)12.06.2002

Kembali ke atas