Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngum.pat] | مڠومڤت

Definisi : 1. mencela-cela (memburuk-burukkan) orang lain di belakangnya, mengatai (orang) di belakang: mereka bergunjing dan ~ iaitu menyiarkan kesalahan dan aib manu-sia kpd orang lain di belakang; 2. mencela, mengejek, mengeji: berdosa mencela dan ~ orang; 3. memarahi (mengutuk, menyumpah) orang kerana berlaku tidak patut kpd kita, menghamun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngum.pat] | مڠومڤت

Definisi : 1 menceritakan hal yg buruk-buruk atau mencela orang lain (di belakang); mengata-ngatai. 2 memarahi atau mengutuk orang kerana berlaku sesuatu yg tidak baik kpd kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umpat
Kata Terbitan : umpatan, mengumpat,

Puisi
 

Kalau berjalan terasa lambat,
     Kalau berlari terasa cepat;
Jangan kita suka mengumpat,
     Rugi di dunia di akhirat tak dapat.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kuali mengatakan belanga hitam.

Bermaksud :

Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kata periuk belanga hitam, b. Periuk mengumpat belanga).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Mengumpat lestari masyarakat modenRashiqah Ilmi Abd RahimBerita Harian03.09.2008
Orang barat pun suka mengumpatZakiah HanumilBerita Harian02.07.1995

Kembali ke atas