Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngun.tung.kan] | مڠونتوڠکن

Definisi : 1. mendatangkan untung (laba), memberi untung (kpd): perniagaan secara bersendirian ialah perniagaan yg paling ~ atau merugikan; 2. menyebabkan beruntung (berbahagia, mujur), mendatangkan bahagia, memanfaatkan: kalau orang itu pandai serta rajin, dia akan ~ masyarakat; 3. memberi faedah, berguna, bermanfaat: keadaan dalam negeri telah memberikan kemungkinan yg lebih ~ utk mengadakan revolusi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngun.tung.kan] | مڠونتوڠکن

Definisi : 1 men­datang­kan untung atau laba; memberi untung kpd: Perusahaan kain batik tidak berapa ~ sekarang ini. 2 menjadikan ada untungnya; menyebabkan mendapat untung: Segala usahanya itu sangat-sangat ~ bangsa dan negara. 3 memberi faedah atau manfaat kpd: Ceramah itu sangat ~ penuntut-penuntut tingkatan enam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
untung (kata nama)
1. Bersinonim dengan faedah: lebihan, laba, rezeki, habuan,
Berantonim dengan rugi

2. Bersinonim dengan nasib baik: mujur, bintang terang, langkah kanan, berkat, kismat,
Berantonim dengan malang

3. Bersinonim dengan guna: manfaat, faedah, kebaikan,

Kata Terbitan : untung-untung, beruntung, menguntungkan, keuntungan,

Peribahasa

Kalah jadi abu,
     menang jadi arang.

Bermaksud :

Kalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tak akan menguntungkan kepada pihak mana pun juga.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Belanjawan menguntungkan semua pihakAbdul Samad IsmailBerita Harian05.11.1994
Menulis pelaburan menguntungkanSalbiah AniBerita Minggu05.05.1996
Persekitaran politik menguntungkan PramoedyaAkhbar:  Berita Harian19.10.2004
Polisi bahasa tidak menguntungkan negaraKalsum Ahmad dan Ali Bukhari AmirSiasah24.06.2007
Kompang: hasil seni yang menguntungkanAhmad AbuBerita Minggu20.10.1985
Usaha buat bunga tiruan menguntungkanZainab Mohd AliUtusan Malaysia12.08.1990
Kebangkitan penulis bukan Melayu menguntungkanM. Amin SidiqMingguan Perdana10.11.1985
Kebangkitan penulis bukan Melayu menguntungkanM. Amin SidiqMingguan Perdana10.11.1985
Kebangkitan penulis bukan Melayu menguntungkanM. Amin SidiqMingguan Perdana19.11.1985
Jualan buku teks SPM lebih menguntungkanTiadaBerita Harian30.01.1997
12

Kembali ke atas