Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ning.gal.kan] | منيڠݢلکن

Definisi : 1. membiarkan (mendiam­kan) sahaja pd tempatnya (keadaannya dll), tidak membawa pergi: mereka terpaksa ~ anak isteri di kampung utk pergi ke bandar men­cari pekerjaan; 2. pergi dr, berundur dr, menjauhkan diri dr: ia mula ~ tempat itu; kereta api bergerak semula ~ stesen Seremban menuju Kuala Lumpur; 3. membiarkan ber-baki, menyisakan: tidak dihabiskan makan­­an itu, ditinggalkan sedikit utk anaknya; 4. memberi (kpd), mewariskan, mem­beri (bekas-bekas, kesan, dll), meng­akibatkan: ~ pesanan; ~ harta; sindiran itu begitu tajam sehingga ~ kesan yg dalam di hatinya; 5. membiarkan sahaja (tidak meng­ambil, mempergunakan, dll), melepaskan (peluang, kesempatan, dll): sekarang aku berasa kesal kerana ~ peluang baik itu dahulu; 6. sudah melebihi (melampaui, melewati, mendahului, mengatasi): dlm banyak lapangan, bangsa lain telah ~ bangsa Melayu; dlm menguruskan perkara perkahwinan saudara-mara tidak baik ditinggalkan; 7. tidak memasukkan ke dlm per-timbangan (perkiraan dll), mengetepikan, mengesampingkan: kerana kesuntukan masa, beberapa acara dlm perayaan itu terpaksa ditinggalkan sahaja; ia hanya menyebut masalah-masalah besar dan ~ yg kurang penting; 8. membuang (adat dll), tidak memakai atau menjalankan lagi (peraturan, faham, cara, dll), meletakkan (mengosong­kan) jawatan dll: penyajak ini sudah ~ bentuk syair sama sekali; pernah kedapatan gadis bangsa asing ~ agama mereka kerana mengikut laki-laki bangsa kita; 9. tidak mempedulikan atau mengendahkan (kewajib­an dll), mencuaikan (mengalpakan, melalai­kan): ~ kewajiban; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ning.gal.kan] | منيڠݢلکن

Definisi : 1 membiarkan tinggal; tidak membawa bersama: Ia ~ anaknya di rumah. 2 berlepas dr; pergi dr; menjauhkan diri dr: Ia ~ Kota Kina­­balu pd hari Ahad. 3 membiarkan berbaki; melebihkan: Faridah ~ dua keping roti utk adiknya. 4 mendahului atau mengatasi; melebihi: Dlm bidang kejuruteraan, orang-orang Jerman sudah ~ orang-orang Inggeris. 5 mengetepikan sesuatu perkara; tidak memasukkan dlm pertimbangan dll; tidak mem­pedulikan. 6 tidak memakainya atau tidak menggunakannya lagi (ttg adat, kebiasaan dll): Ia sudah lama ~ adat Perpatih. 7 melalaikan atau mencuaikan sesuatu kewajipan dll: Bapanya yg sudah tua itu tidak pernah ~ puasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meninggalkan

Puisi
 

Ati-ati tumbuh di paya,
     Air tenang di kaki bukit;
Sampai hati meninggalkan saya,
     Tidak mengenang barang sedikit.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Harimau mati meninggalkan belang,
     gajah mati meninggalkan daging,
manusia mati meninggalkan nama.

Bermaksud :

Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Meninggalkan Kalumpang berbekalkan 25 senTiadaMingguan Malaysia30.06.1996
Meninggalkan 1996 tahun paling menggemparkanA. Samad IsmailBerita Harian11.01.1997
Meninggalkan pesan atau arahanPak MatlobUtusan Melayu21.03.1991
Meninggalkan PenjaraSaidi BakarBerita Minggu01.07.1991
Meninggalkan Bekas Di Atas PasirmuMohd. Wan DagangUtusan Zaman01.09.1971
Perginya meninggalkan legasiAmran AhmadMingguan Malaysia28.12.2008
Sewaktu Meninggalkan Kota Baharu (iii)Salleh YaacobMingguan Malaysia12.09.1989
Abdullah Sidek meninggalkan kita...Zahari AfandiUtusan Zaman02.12.1973
Perempuan Yang Meninggalkan PerkampungannyaCik Saloma Mat LajisBerita Minggu27.05.1990
Akhirnya Kau Kembali Meninggalkan Dusun Sepi (memori hari kematian Kak"Ah)Ahmad J. HuseinUtusan Zaman10.07.1994
123

Kembali ke atas