Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ning.gi.kan] | منيڠݢيکن

Definisi : 1. menjadikan tinggi, menam-bahkan (mutu dll): bangunan itu telah di-tinggikan lagi dua tingkat; kerajaan sedang berikhtiar ~ taraf pendidikan dan ekonomi rakyat; 2. mengangkat (menyan­jung) menjadi tinggi; 3. mengeraskan atau menguatkan (suara); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ning.gi.kan] | منيڠݢيکن

Definisi : 1 menjadikan tinggi; menaikkan: Ia ~ harga gula di kedainya. 2 mengangkat atau menyanjung menjadi tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinggi (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai,
Berantonim dengan pendek

2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung,
Berantonim dengan hina

3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,

4. Dalam konteks suara
bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras,
Berantonim dengan rendah

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik,
Berantonim dengan rendah

Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian,

Peribahasa

Hendak tinggi terlalu,
     jatuh.

Bermaksud :

Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus, c. Hendak panjang terlalu, patah).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Meninggikan martabat filemAmiruddin HarunUtusan Malaysia15.01.1996
Meninggikan mutu lagu-lagu MelayuWan Hamzah AwangUtusan Zaman10.02.1974
Bagi meninggikan taraf ekonomi penduduk: Sabah berhasrat berdikarimelalui Koperasi DesaIlias Haji ZaidiBerita Harian27.12.1979
Menolong meninggikan ekonomi MelayuZabhaUtusan Melayu12.04.1990
Masidi: diskusi sastera meninggikan mutunyaJasuin MuhammadSabah Times06.06.1984
Kenali dan pelajari sastera rakyat, meninggikan nilai budayaTiadaNusantara04.02.1987
Latihan untuk penulis-penulis berbakat boleh meninggikan mutupenulisanAlias HarunBerita Harian11.07.1975

Kembali ke atas