Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jo.lo/] | منجولوق

Definisi : 1. menusuk (merodok) sesuatu dgn galah dll supaya gugur, menusuk ke dlm lubang dll: kalau engkau hendak ~ buah rambutan itu carilah galah yg panjang sedikit; 2. memasukkan jari tangan ke dlm lubang hidung (kerongkong dll); 3. me­mancing-mancing keterangan dll drpd orang, mengajuk atau menduga (hati orang); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jo.lo/] | منجولوق

Definisi : 1 merodok sesuatu dgn galah supaya gugur: ~ buah mangga muda. 2 merodok ke dlm lubang dgn kayu dll: Ia ~ lubang itu supaya tikus di dlmnya keluar. 3 memasukkan jari ke dlm lubang hidung atau kerongkong: Dia ~ tekaknya kerana ketulangan. 4 bertanya-tanya utk mencari keterangan dll; memancing-mancing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jolok
Kata Terbitan : menjolok, jolokan,

Puisi
 

Petang-petang menjolok manggis,
     Manggis jatuh pecah empat;
Petang-petang tunduk menangis,
     Macam burung mencari tempat.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Sarang tabuhan jangan dijolok.

Bermaksud :

Jangan sengaja mencari kesusahan. (Bandingkan dengan: a. Mengusik anjing tidur, b. Menjolok sarang tabuan).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Menjolok Bulan Mengutip CahayaNoraUtusan Zaman14.04.1996
Usah biarkan cacing berani menjolok mata?Khalid SallehBerita Harian (Persada Seni)03.10.2000
Masalah pokok dan krisis bahasa kita semakin menjolok dan hangatdibicarakanHanafiah SudinBerita Harian06.12.1979

Kembali ke atas