Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jual] | منجوال

Definisi : menukar barang dgn wang (memberi barang utk mendapat wang): seorang pegawai Inggeris pernah melihat buku itu dan di­mintanya aku ~ buku tersebut kepadanya; ~ akad menjual dgn perjanjian; ~ aksi Id = ~ lagak (tampang) terlalu berlagak mem­peragakan diri; ~ bangsa mengkhianati bangsa dan negara sendiri; ~ bicara = ~ omong Id pandai bercakap sahaja tetapi tidak berbuat apa-apa; ~ diri bp melacur; ~ kepala a) mem­buat sesuatu hanya utk faedah orang lain; b) menjadi askar sewaan; ~ lepas = ~ mutlak men­jual tanpa sesuatu perjanjian (tidak boleh ditebus lagi); ~ muka = ~ rupa mencari nafkah dgn menunjukkan rupa kpd orang ramai; ~ nama menggunakan nama orang utk ke­pentingan sendiri dll; ~ rugi menjual barang dgn menanggung rugi; ~ petai hampa = ~ tangkai cangkul sekah = ~ tangkai pangkur dedap prb percakapan yg tidak ada kebenarannya, omong kosong; dijual dahulu maka dibeli = telah dijual, maka dibeli prb difikirkan dahulu masak-masak, barulah dikerjakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jual] | منجوال

Definisi : memberikan barang dgn mengambil wang: Pekedai itu ~ barang-barangnya dgn harga yg berpatutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menjual

Puisi
 

Menjual lidi ke Batu Bara,
     Menjual lokan ke Batu Pahat;
Kerana dengki punya angkara,
     Orang baik disangka jahat.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Menjual petai hampa.

Bermaksud :

Membual; omong kosong.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Menjual idea baru cara JepunAinon MohdUtusan Malaysia26.04.1996
Menjual serpihan tampung belanjaAdam SallehHarian Metro14.09.1993
Mulanya menjual buah bacangSulaiman AbdullahHarian Metro23.01.1992
Filem juga menjual mimpiA. Wahab HamzahUtusan Malaysia21.11.1997
Adanya kegiatan menjual ikan, sotong, udang dan barang-barang basah:Pasar Budaya kembali 'tercemar'TiadaUtusan Malaysia06.07.1991
Penulis perlu 'menjual' karyaRamli Abdul HalimBerita Harian (Sastera dan Budaya)28.07.2001
Penerbit diberi kelonggaran menjual buku latihan KBSM, KBSRTiadaUtusan Melayu25.05.1990
Pengalaman menerbit dan menjual bukuMokhtar YusofMingguan Malaysia (Sudut Sastera)11.02.2001
Hamka tuduh pengarang komunis "Anantur menjual diri kepada Moscow"TiadaUtusan Melayu18.10.1962

Kembali ke atas