Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ju.lang] | منجولڠ

Definisi : 1. mengangkat ke atas: kapal itu sedang dijulang dan dihempas gelombang; 2. mendukung (anak dll) di atas bahu: setibanya sahaja di rumah, dia terus mengangkat dan ~ anaknya; 3. mem­bum­bung tinggi, meninggi: api dr rumah yg terbakar itu ~ sehingga ke puncak atapnya; 4. ki menjunjung tinggi, menyanjung, amat menghormati: Churchill seorang pemimpin yg dijulang tinggi oleh rakyat Inggeris; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ju.lang] | منجولڠ

Definisi : 1 mengangkat ke atas; mengangkat (anak dll) di atas bahu: Orang-orang kampung telah ~ pemimpin mereka yg baru saja menang dlm pilihan raya itu. 2 membumbung tinggi; meninggi: Api dr rumah yg terbakar itu ~ ke angkasa. 3 ki menghormati; menyanjung tinggi: Dialah satu-satunya pemimpin Melayu yg dijulang oleh rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
julang
Kata Terbitan : menjulang,

Puisi
 

Merokok tembakau Padang,
     Asap menjulang ke udara;
Tinggal adik tinggallah sayang,
     Abang ditempuh sengsara.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Menjulang kraftangan tempatan di mata duniaShasha ZairustamUtusan Borneo17.03.2008
Menjulang bahasa martabat bangsaNoratul Farina MustafhaUtusan Malaysia11.02.1997
Menjulang Cita Di Puncak JayaSaleha AhmadMingguan Famili09.12.1990
Menjulang WawasanMohd Nordin AbdullahUtusan Melayu29.01.2006
Menjulang Cinta Di Puncak LedangFaridah HamzahMingguan Malaysia06.11.2005
Menjulang KemerdekaanIzani H.DUtusan Melayu21.08.2005
Menjulang BahasaAlHisyamUtusan Melayu11.01.2002
Usaha menjulang martabat puisiFaizal saharuniKosmo28.12.2007
Api menjulang di Jalan Tuanku Abdul RahmanTiadaMingguan Malaysia08.10.1995
Rembang MenjulangRogayah A. HamidBerita Minggu01.09.1978
12

Kembali ke atas