Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nun.ju/.kan] | منونجوقکن

Definisi : 1. menggunakan sesuatu utk menunjuk (jari dll), menunjuk dgn: ~ jari; 2. memperlihatkan sesuatu kpd, memberi lihat: dia pun naik ke rumah ~ kakinya yg dimakan keri itu; 3. memberitahu di mana (letak, arah, dll): maka datanglah budak-budak ~ masjid; 4. menampakkan (sesuatu yg terpendam di hati dll), mendedahkan: tidak seorang jua pun yg berani ~ kemarahan mereka ber­terang-terang; 5. memperkenalkan: maka orang itu ~ anak raja itu dgn isyarat; 6. mem­beri keterangan (penjelasan), menerang­kan, menjelaskan: sekiranya ada bukti-bukti yg ~ Ahmad melakukan pembunuhan itu, polis akan meminta kpd majistret supaya Ahmad ditahan; 7. memberikan bukti, membuktikan, mengesahkan: dikemukakan satu konsep baru yg ~ bahawa kemiskinan orang-orang itu sebenarnya satu penyakit sosial; 8. menyatakan, menandakan: suhu yg terendah pd hari atau malam itu ditunjuk­kan oleh besi itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nun.ju/.kan] | منونجوقکن

Definisi : 1 memperlihatkan se­­­suatu kpd: Ia ~ baju jahitannya kpd emak­nya. 2 menunjuk dgn; menggunakan sesuatu utk menunjuk. 3 memberikan keterangan atau penjelasan: Ia ~ cara membuat gubahan itu. 4 menyatakan; menandakan: Kesalahannya menjawab soalan-soalan itu ~ bahawa ia tidak mem­baca buku di rumah. 5 memberitahukan tempat letaknya atau arah sesuatu: Polis itu ~ jalan ke pejabat pos. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Menunjukkan ilmu kepada orang yang menetek.

Bermaksud :

Membuat pekerjaan yang sia-sia.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bahasa menunjukkan bangsaOsman R. RizanUtusan Borneo25.02.2008
Bahasa menunjukkan bangsaTiadaUtusan Malaysia02.11.1978
Penulis bebas menunjukkan gaya untuk melahirkan identiti tersendiriRamli IsinUtusan Zaman10.05.1981
Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik - HasmahTiadaBerita Minggu06.07.1986
Sejak bersekolah dia sudah menunjukkan bakat kriatifnya.....Mohd Yusof HassanBerita Minggu23.06.1974
Sejak bersekolah dia sudah menunjukkan bakat kratifnya ...Mohd Yusof HasanBerita Minggu23.06.1974
Bahasa lain diguna untuk menunjukkan kepelbagaian budayaAkhbar:  Utusan Malaysia12.09.2000
Keraguan mengenai bahasa Melayu hanya menunjukkan kelemahan diriTiadaUtusan Melayu08.09.1990

Kembali ke atas