Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyam.bung] | مڽامبوڠ

Definisi : 1. menjadikan lebih panjang dgn tambahan (tali, perbualan, cerita, dll), me­manjangkan, meneruskan (perbualan, permainan, dll): jalan raya itu akan di­sambung lagi pd tahun depan; ibarat ~ nak panjang, ibarat menyebar nak lebar; 2. meng­hubungkan sesuatu dgn yg lain (benda yg putus-putus dll): ayah saya sedang ~ rantai basikal dgn dawai; 3. menghubungkan (tele­fon yg mendapat panggilan dgn sam­bungan-sambungan lain); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyam.bung] | مڽامبوڠ

Definisi : 1 memberikan tambahan supaya men­jadi lebih panjang dll; memperpanjang: Selepas menuai nanti, saya bercadang hendak ~ rumah dapur ini. 2 meng­hubungkan benda yg putus-putus atau benda yg patah: ~ rantai basikal dgn dawai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sirih puan depan tangga,
     Menyambung datang orang marhaban;
Tanya puan dijawab duka,
     Bunga di jambangan telah kepunyaan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Menimbau boleh,
     menggala-gala tak tahu.

Bermaksud :

Pandai membuat pekerjaan yang besar tetapi tiada tahu membuat pekerjaan yang kecil yang ada hubungannya dengan pekerjaan itu. timbau (menimbau) = menyambung atau menambah supaya panjang (tinggi, lebar dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Menyambung hurufMatlobUtusan Malaysia22.01.1997
Menyambung beberapa hurufMatlobUtusan Malaysia03.02.1997
Menyambung jim, ca, ha, khaPak MatlobUtusan Malaysia19.02.1997
Menyambung fa, pa dan qafMatlobUtusan Malaysia22.04.1997
Menyambung Nyawa AyahBaharuddin KaharUtusan Zaman24.02.1974
Siapakah yang akan menyambung tugasnya?Azah AzizBerita Minggu17.06.1973
Siapakah yang akan menyambung tugasnya?Azah AzizBerita Minggu17.06.1973
G8 dalam jakuzi menyambung dot dot dotFudzailBerita Minggu07.08.2005
Pelajar SM Min Lit gagal tidak dibenar menyambung pelajaran: Alfred YapTiadaUtusan Borneo07.01.2009

Kembali ke atas