Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyam.but] | مڽمبوت

Definisi : 1. menerima (menangkap dll) dgn tangan: maka surat itu disambut oleh bentara, dan dipersembahkannya kpd Sultan Pahang; saya menghulurkan tangan kepadanya dan disambutnya; 2. menerima (perkhabaran, cadangan, dll), memberi (me-nunjukkan) reaksi kpd: ibu ~ berita itu dgn menghamburkan air mata; ini dilakukan sbg ~ cadangan Angkatan Sasterawan 50; 3. = menyambuti sl menerima kedatangan orang, mengalu-alukan (tetamu dll), me-nyongsong: maka pergilah segala bentara dan biduanda ~ orang dua belas itu; 4. menjawab (percakapan dll), menyampuk: Wan Derus ~ cakap isterinya; 5. menjawab (cabaran, tentangan, dll), melawan (serangan, kecaman, dll): ia ~ cabaran itu; 6. meneruskan (giliran), melanjutkan (kerja yg berganti-ganti): dua orang polis khas datang dgn senapang bercekah ~ giliran mereka bertugas malam itu; 7. membeli dgn membayar beransur-ansur: dia dapat ~ dulu barang di kedai Malabari itu; ~ baik menerima baik, berkenan, ber-setuju: jurubicara konsulat Filipina di Kuala Lumpur hari ini ~ baik langkah Malaysia itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyam.but] | مڽمبوت

Definisi : 1 menerima apa-apa yg diberikan dgn tangan: Dia ~ hadiah itu dgn tertib. 2 menadah atau menangkap apa-apa yg jatuh atau yg dilemparkan: Dia ~ bola itu dgn tenang lalu menyepaknya ke tengah padang. 3 menerima kedatangan pelawat atau tetamu; mengalu-alukan kedatangan orang: Beberapa orang pegawai kanan kerajaan telah pergi ~ kepulangan baginda di lapangan terbang. 4 memberi balasan kpd sesuatu hal (menerima cabaran orang dll): Rakyat telah ~ baik Rancangan Malaysia Kelima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kacang kelisa tumbuh di dusun,
     Tumbuh sepohon di tiang layang;
Kami menyambut bersusun-susun,
     Kerana meraikan pengantin datang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Makan nasi suap-suapan,
     tetapi menyambut puan kosong.

Bermaksud :

Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Menyambut MerdekaZainal Abidin AhmadBerita Minggu03.09.2006
Menyambut Lambaian Kami DatangHasyuda AbadiHarian Ekspres31.07.1993
Menyambut paskah 1971: penjaliban kristus: dalam sajak-sajak IndonesiaHutagulung, M. SSinar Harapan05.04.1971
Menyambut kelahiran abad dan Melayu baruHanapi DollahBerita Harian04.11.1993
Menyambut tahun hijrah 1390TiadaUtusan Melayu09.03.1970
Menyambut 15 HijrahMusa MasranHarian Ekspres18.07.1984
Menyambut CucuAmiruddin AliUtusan Zaman14.04.1991
Menyambut Tahun BaruMabulmaddin ShaiddinBerita Minggu25.12.1994
Menyambut Ketibaan Tahun BaruHMS Abu BakarUtusan Melayu08.01.2006
Menyambut RamadanTie CamarMingguan Malaysia17.10.2004
1234

Kembali ke atas