Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.ta.kan] | مڽاتاکن

Definisi : 1. menjadikan nyata, me­ne­rangkan, menjelaskan: di dlm buku ini ada dinyatakan dgn ringkas perihal mengubat penyakit yg biasa terjadi; 2. menampakkan, menunjukkan: Ya Tuhanku, hendaklah engkau ~ kebesaran-Mu akan hamba-Mu; 3. mem­beritahu, melaporkan, memaklumkan: Ismail berjumpa dgn pegawai tingginya utk ~ ke­tibaannya; berkali-kali ia ~ keinginannya hendak bertukar kerja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.ta.kan] | مڽاتاکن

Definisi : 1 menjadikan nyata; menerangkan; menjelaskan: Dia telah ~ pendapatnya ttg perkara itu. 2 menunjukkan sesuatu sbg bukti; menandakan; membuktikan: Boleh­kah saudara mengadakan bukti utk ~ tuduhan saudara? 3 memberitahukan; memaklumkan; mengatakan: Beliau telah ~ bahawa undang-undang itu hanya utk sementara waktu saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyata (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,

Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata,

Peribahasa

Kalau seperti kundur labu,
     boleh dibelah.

Bermaksud :

Untuk menyatakan kebenaran sesuatu perkara. kundur = labu besar.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Pada Menyatakan KebenaranMuharsafa KiranaUtusan Borneo15.05.1996
Mereka Menyatakan CintaBadaruddin M.Z.Utusan Zaman01.07.1992
'Kamu' untuk menyatakan hormat?Badrul Hisham AzizUtusan Malaysia15.07.1994
Kenapa bila menyatakan kelemahan orang kampung jadi contoh?Ibrahim OmarUtusan Zaman28.09.1986
Sirih alat menyatakan perasaan yang simbolikKadir OthmanBerita Minggu14.04.1985
Matilah Hamzah demi menyatakan apa yang "benar" pada dirinyaA. Ghani IsmailBerita Minggu28.04.1974
Bagaimana Aku Harus MenyatakanAl HisyamBacaria11.06.1997
Rambutnya ikal mayang - Muspani menyatakan cinta pada AzizahMaha SabahUtusan Borneo26.04.2009
Hati Berdebar Tapi Segan MenyatakanAmiruddin AliWarta Perdana05.09.1993
Puisi Larut Malam Pada Menyatakan KasihSutung Umar R. SMingguan Malaysia01.10.1980

Kembali ke atas