Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.rang] | مڽرڠ

Definisi : 1. mendatangi utk melawan (meng-alahkan, menaklukkan, dll), me­langgar, me-nyerbu: maka Sultan Mansor Shah pun meni-tahkan Bendahara Paduka Raja ~ Pahang; 2. menimpa (penyakit dll), me­nyebabkan sesuatu jadi sakit (rosak dll): penyakit yg datang ~nya itu ialah hasil drpd perbuatan-nya sendiri; 3. ki menentang (spt mengkritik dll), mencela, mencerca: pihak pembangkang telah ~ pihak kerajaan dgn kata-kata yg pedas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.rang] | مڽرڠ

Definisi : 1 pergi ke sesuatu tempat utk melawan (me­ngalahkan, menakluk dll); melang­gar; menyerbu: Niat Raja Siam hendak ~ Melaka itu terpaksa dibatalkan. ~ hendap menyerang dgn sembunyi-sembunyi. 2 datang menimpa orang (bkn penyakit dll); menyebabkan orang menjadi menderita: Penyakit taun yg ~ bandar itu telah merenggut sebelas nyawa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serang
Kata Terbitan : menyerang, serangan, penyerangan, penyerang,

Peribahasa

Genta saja yang berbunyi,
     kuda sudah dek gerindin.

Bermaksud :

Orang yang masih bagus berpakaian dan gaya congkaknya, tetapi wangnya tiada lagi atau berpenyakitan. dek gerindin = kena sebangsa penyakit yang biasa menyerang kuda, badannya gementar macam kedinginan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Menyerang kredibiliti media asingRustam A. SaniUtusan Malaysia27.11.1995
Lelah Menyerang Asyik Di Jurang Nafas dan Sungai KudratSalmie SaidWatan24.01.1995
Raja Palas Menyerang BalasGhazali Ngah AziaUtusan Zaman09.12.1984
Kemelut Perasaan Menyerang Tiba-tiba!Sri DiahMingguan Wanita20.03.1998
Kobat Tidak Menyerang LagiJuri DurabiMingguan Famili22.03.1987
Menerang Bukan MenyerangAziz JahpinMingguan Malaysia (Sastera dan Budaya)27.01.2002
NATO tidak akan menyerangTiadaUtusan Malaysia05.02.1994
Demam peperiksaan mula menyerang kampus universitiIlias Haji ZaidiUtusan Zaman20.12.1981

Kembali ke atas