Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.sal] | مڽسل

Definisi : 1. berasa tidak senang kerana telah melakukan sesuatu kesalahan (kejahatan dll), insaf telah bersalah: kalau rugi jangan ~ nanti; 2. berasa kecewa (akan), berasa tidak senang (akan): ia tidak ~ atas perbuatannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.sal] | مڽسل

Definisi : ; bersesalan, bersesal-sesalan salah-me­nyalahkan; ~ bagai Batak lari prb tuduh­-menuduh sesama sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.sal] | مڽسل

Definisi : berasa dukacita atau ralat kerana melakukan kejahatan dll; berasa insaf: Jika tidak lulus, jangan ~ nanti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sesal (kata nama)
Bersinonim dengan kesal, keinsafan;,
Kata Terbitan : bersesalan, bersesal-sesalan, menyesal, kesesalan,

Puisi
 

Tupai mengusik bunga durian,
     Durian berbuah di depan rumah;
Tidak menyesal hari kemudian,
     Supaya badan tidak punah.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Menengadah (= menentang) matahari.

Bermaksud :

Melawan orang berkuasa (pandai dan sebagainya), akhirnya akan kecewa dan menyesal.

 

Lihat selanjutnya...(6)

335

Look before you leap

Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).

Pukul anjing tengok-tengok tuannya

I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.

Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi pukul anjing tengok-tengok tuannya . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(18)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Menyesal Tak SudahNurhalim IsmailWatan14.06.1985
MenyesalUtun InjiMingguan Islam11.10.1985
'Saya menyesal'Kamarulzaman Pid dan Ahmad Fitri Che MusaHarian Metro15.08.2007
... Aku MenyesalKhadijah HashimBerita Minggu09.11.1980
Dia menyesal tidak mengambil tanah yang disuruh Tuan RafflesPak MatlobBerita Minggu26.10.1986
Tidakkah Kau Menyesal Mama?Munsyi PuteraBerita Minggu09.09.1990
Kasma Booty tak menyesal tinggal lakonan pada era kegemilanganZainuri MisfarBerita Harian02.06.2007
Hashim tidak pernah menyesal jadi guruJamudin IdrisBerita Minggu23.09.2001
Dr. Radzuan Tidak menyesal jadi polisSyahril A. KadirUtusan Malaysia23.01.2003
Bekas Presiden Vietnam Selatan menyesal kemudian...Pak SakoUtusan Zaman14.10.1979
12

Kembali ke atas