Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyim.pang] | مڽيمڤڠ

Definisi : 1. melencong dr arah yg asal, membelok ke jalan lain: ia tidak terus pulang, tetapi ~ ke rumah kawan-kawannya; 2. membelok (supaya jangan terlanggar), mengelak (dlm perjalanan), menghindar (ke tepi dll): jika ia bertahan kamu sekalian ~; 3. tidak menurut yg betul (ajaran dll), menyeleweng (drpd yg ditentukan), sesat: cara ahli hukum bekerja tidak ~ drpd ketentuan hukum; istilah yg dibentuk tidak terlalu jauh ~ drpd istilah asal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyim.pang] | مڽيمڤڠ

Definisi : 1 melencong dr arah yg mula-mula; membelok ke arah lain: Kalau tidak ~, tentulah aku berlanggar dgn beca itu tadi. 2 tidak menurut apa-apa yg sepatutnya; menyeleweng dr yg sebenarnya: Kami tidak pernah ~ dr ajaran Nabi Besar kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simpang (kata nama)
Bersinonim dengan cabang, cagak, canggah;,
Kata Terbitan : bersimpang, menyimpang, menyimpangkan, persimpangan, penyimpangan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Penulis menyimpang buat khalayak muakAhmad J HuseinBerita Harian24.06.1997
'Mengejar Pelangi' menyimpang?RohaBerita Minggu27.01.1980
Ali Majod cuba menyimpang menterapkan realisma secara total dalamtekniknyaRamli IsinUtusan Zaman26.09.1982
A. Samad Said tidak menyimpang dari akar tradisiRamli IsinUtusan Zaman23.08.1981
Berwaspada agar isi tidak menyimpang dari persoalanIbrahim PutehBerita Harian05.07.1986
Dialog Utara VI agak menyimpang?Ahmad AsyadiBerita Minggu07.01.1996
Perjuangan martabat bahasa Melayu kian menyimpangMohamad Md YusoffBerita Harian11.06.2008
'Di bawah lindungan Ka bah' menyimpang jauh dari skrip asalMas AdyWatan10.09.1982
Pengalihan bahsa yang baik tidak akan menyimpang daripada karya-karyaasalTiadaBerita Harian02.05.1987
Ada golongan yang menolak karya-karya yang menyimpang iniMana SikanaUtusan Zaman02.01.1986
12

Kembali ke atas