Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nying.gung] | مڽيڠݢوڠ

Definisi : 1. menolak (menghentak, memukul) dgn siku, menyenggol, menyigung: ia kelihatan ~ kawan-kawannya dgn siku; 2. mengenai sedikit, menyentuh; 3. menyebut­-nyebut sesuatu (dlm ucapan, karangan, dll), membicarakan sedikit, menyentuh: jalan cerita ini susah diikuti oleh pembaca kerana banyak perkara dan orang yg disinggung secara sepintas lalu; 4. menyakiti atau melukai hati (perasaan dll): perkataannya selalu menyebut hal yg kadang-kadang ~ hati isterinya; 5. menodai (nama baik seseorang dll): dia tidak akan membiarkan or­ang ~ nama baik keluarganya dgn sewenang-wenangnya; ~ mata bisul orang prb menyakiti hati orang lain dgn sindiran dll (dlm sesuatu perjumpaan dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nying.gung] | مڽيڠݢوڠ

Definisi : 1 menghentak atau memukul dgn siku; menyiku. 2 mengenai sedikit (dgn bahagian tubuh); menyentuh: Jangan ~ pinggan mangkuk itu. 3 menyebut sesuatu perkara dlm ucapan atau dlm karangan; membicarakan sedikit: Dia tidak berani ~ perkara itu dlm ucapannya. 4 menyakiti hati atau perasaan orang lain: Ucapannya dianggap ~ kedudukan raja-raja Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
singgung
Kata Terbitan : bersinggungan, menyinggung, tersinggung,

Peribahasa

Berkata siang melihat-lihat,
     berkata malam mendengar-dengar.

Bermaksud :

Jika hendak membicarakan sesuatu, harus berhati-hati jangan sampai menyinggung perasaan orang. (Bandingkan dengan: Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Djazlam menyinggung perasaan AzmanSalbiah AniBerita Harian08.04.2000
Kalam menyinggung hati khalayakSiti Rohayah AttanUtusan Malaysia06.08.1996
Sapaan 'kamu' menyinggung perasaanZubaidi AbasUtusan Borneo29.09.2008
Kenyataan "Gapena" menyinggung penulis2 KelantanTiadaUtusan Melayu23.05.1975
Kartun-kartun sinis Mishar menyinggung golongan berserban danbertudung kepalaTiadaUtusan Malaysia22.06.1976

Kembali ke atas