Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.sun] | مڽوسون

Definisi : 1. meletakkan berlapis-lapis (ber­tindih-tindih, yg satu di atas yg lain), menaruh berlapis-lapis: ia sedang ~ buku di atas meja; 2. mengatur baik-baik, meletakkan beraturan, merencanakan: sekarang kami tengah ~ rancangan lima tahun yg kedua; 3. mengatur (karangan dll), menggubah: Antologi Cerita Pendek Sebelum Perang Dunia Kedua, disusun, dikaji dan diberi kata pengantar oleh Ali Hj. Ahmad; ~ acara mengatur acara; ~ barisan (pasukan dll) mempersiapkan barisan (pasukan dll); ~ huruf mengatur huruf (dlm percetakan); ~ jari = ~ jari sepuluh menangkupkan kedua­dua belah tapak tangan spt hendak me­nyembah; ~ kalimat Id mengatur kata-kata utk dijadikan ayat; ~ kamus membuat (me­ngarang) kamus; ~ laporan (rancangan, undang-undang, dll) membuat laporan (rancangan, undang-undang, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyu.sun] | مڽوسون

Definisi : 1 meletakkan bersusun; meletakkan berlapis-lapis atau berderet-deret: Murid-murid telah ditugasi ~ bang­ku di dlm dewan. 2 mengatur baik-baik; mengelolakan sesuatu supaya kemas atau lancar: Tun Perak telah ~ pentadbiran negeri Melaka dan membawa beberapa perubahan yg berfaedah. ~ barisan (pa­sukan) menjadikan sesuatu pasukan atau barisan lengkap dan bersedia. ~ huruf mengatur huruf-huruf di per­cetakan. ~ jari mempertemukan kedua-dua belah tapak tangan spt hendak mengangkat sembah. ~ ka­mus mengarang atau membuat kamus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susun
Kata Terbitan : bersusun, menyusun, susunan, penyusunan, penyusun,

Puisi
 

Janganlah kesal berhari-hari,
     Bertimbal turun ke mata;
Barang salah menyusun jari,
     Junjung dengan tutur kata.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Menyusun semula masyarakatPak Pandir ModenUtusan Malaysia02.07.1987
Kecermatan menyusun kalimatDjamaris, EdwarRepublika10.03.1996
Tugas penulis: menyusun kata agar pembaca turut ketawa, menangisAnuar OthmanNew Straits Times19.06.1986
Jawatan kuasa menyusun manuskrip MelayuTiadaBerita Harian13.02.1981
Suruhanjaya Reid menyusun perlembagaan Tanah MelayuShaharom HusainMerdeka01.12.1985
Penulis perlu tahu menyusun kata-kataDaniel Jebon JanaunBorneo Mail03.12.1995
Dewan Bahasa sedang menyusun kamusAinon MuhammadBerita Harian14.12.1982
Asas dan pokok dlm menyusun sistem pelajaranHassan AhmadBerita Harian12.12.1963
Fahamilah maksud istilah sebelum menyusun ayatAdibah AminBerita Harian04.08.1982

Kembali ke atas