Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.na] | مران

Definisi : 1. menderita penyakit yg lama: sakit ~; 2. sentiasa sakit-sakit, makin lama makin kurus: badan ~ kerana dia; 3. sentiasa menanggung susah (sedih dll): hati ~; hidupnya ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.na] | مران

Definisi : 1. menderita penyakit yg lama: sakit ~; 2. sentiasa sakit-sakit, makin lama makin kurus: badan ~ kerana dia; 3. sentiasa menanggung susah (sedih dll): hati ~; hidup-nya ~ akibat penyakit itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.na] | مران

Definisi : 1 menderita kerana sesuatu penyakit yg lama. 2 menanggung kesusahan atau penderitaan: Hidupnya ~ selepas kematian ibu bapanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rana
1. Bersinonim dengan menderita: sengsara, melarat, kecewa, terseksa, terluka, pedih, pilu, sedih,
Berantonim dengan gembira

2. Dalam konteks penyakit
bersinonim dengan melarat, berlarutan, berpanjangan, terlantar, tenat, uzur, aprah, kritikal, serius, kronik, akut, teruk.,

Kata Terbitan : merana,

Puisi
 

Mak Minah duduk di pintu,
     Duduk di pintu merejut renda;
Merana hamba yatim piatu,
     Tiada ayah tiada berbonda.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Terhengit-hengit bagai rumput di tengah jalan,
     mati segan hidup tak mahu.

Bermaksud :

Kehidupan yang melarat dan miskin; telah lama sakit. terhengit-hengit = merana.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Merana jiwanya bermasalah pembelajarannya..Adibah AminUtusan Malaysia29.03.1991
Jiwa merana dengan "Dindang Pesta"TiadaUtusan Zaman12.08.1973
Jawi: merana selepas merdekaAripin SaidUtusan Malaysia01.04.1995
Jiwa yang merana sudah bermulaHantu RayaUtusan Melayu14.06.1982
Bila jiwa merana muncullah berbagai pesonaPak SakoUtusan Zaman12.04.1991
Terus mencipta walaupun meranaEmbong MahmudUtusan Zaman03.11.1974
Biar papa kedana, tapi jangan meranaPak SakoWatan02.07.1988
Di mana-mana pun hidup manusia meranaPak SakoWatan06.08.1988

Kembali ke atas