Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ran.cang] | مرانچڠ

Definisi : 1. mengatur lebih dahulu, mem­persiapkan, merencanakan: antara beberapa kemajuan yg dicapai oleh ilmu perubatan sekarang ialah ilmu ~ keluarga; mereka cuba ~ suatu pemberontakan; 2. meng­anggarkan: negara ~ jumlah peng­hasilan yg mesti dicapai, menentukan apa yg penting dan tidak...; 3. bercadang, mengagak-agak, memikir-mikir, mem­per­timbangkan: ke­raja­an Indonesia ~ hendak memutuskan hu­bung­­­an diplomatik dgn China Komunis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ran.cang] | مرانچڠ

Definisi : 1. memacakkan rancang ke dlm tanah (utk menentukan sempadan dll); 2. tegak menganjur ke atas runcing-runcing (mencuar runcing-runcing). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ran.cang] | مرانچڠ

Definisi : 1 mengatur sesuatu lebih dahulu; merencanakan: Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan utk ~ penubuhan universiti itu. 2 membuat anggaran; menganggarkan: Persatuan itu belum lagi ~ pendapatan dan perbelanjaannya utk tahun depan. 3 mengagak-agak; memikir-mikirkan apa-apa yg hendak dibuat: Dia ~ bagaimana hendak melanjutkan pelajarannya ke Eropah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ran.cang] | مرانچڠ

Definisi : 1 memacakkan rancang ke tanah (utk menandai sempadan dll). 2 kelihatan mencuar-cuar tajam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rancang2
Kata Terbitan : merancang, terancang, rancangan, perancangan, perancang,

Peribahasa

355

Man proposes, God disposes

Manusia boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Manusia mengikhtiarkan, Allah mengtakdirkan

“If Plan A fail, we have Plan B. Each has been meticulously planned,'' said the manager. ''But what if Plan B fails too?'' asked the director. '' Man proposes, God disposes, sir' replied the manager.

''Sekiranya Pelan A gagal, kita ada Pelan B. Setiap pelan ini telah dirancang dengan amat teliti,'' kata pengurus itu. ''Tetapi jika Pelan B pun gagal?'' tanya tuan pengarah. '' Manusia mengikhtiarkan, Allah mengtakdirkan, tuan'', jawab pengurus.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Merancang punya merancangPak Pandir ModenUtusan Malaysia26.11.1987
Merancang bahasa untuk wilayah Melayu besarTiadaBorneo Mail09.10.1996
Merancang bagi masa hadapanPak SakoMingguan Famili02.03.1986
Sentiasa merancangTiadaBacaria04.11.1998
Strategi merancang kejayaan dalam pasaranAkhbar:  Berita Harian24.02.2005
Kita Mesti merancang pembangunan ekonomi dengan cukup hati2TiadaWatan03.04.1978
Cadangan tubuhkan bahagian merancang, melaksana sastera nasional diDBPBernamaMingguan Malaysia04.08.1974
Bahasa Malaysia: LCCI merancang usaha sama dengan KementerianPelajaranTiadaUtusan Melayu05.06.1985
Kesatuan Pekerja-Pekerja DBP merancang tunjuk perasaanTiadaUtusan Malaysia07.01.1982
Perjuangan bahasa: melihat kekurangan dan merancangMohd. Taib OsmanBerita Harian09.07.1998

Kembali ke atas