Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ru.gi.kan] | مروݢيکن

Definisi : 1. menjadikan rugi, men­datang­kan rugi (kpd): pemogokan kereta api yg berjalan selama tiga bulan telah ~ per­usa­haan itu berpuluh-puluh juta ringgit; ber­juta-juta ringgit hasil petani telah di­rugikan oleh sistem padi kunca; 2. sengaja menjual lebih rendah drpd harga pokok, sengaja me­rugi: kerana menerima ceng­keram, petani-petani kita ~ hasil pertanian mereka; 3. mem­­bawa akibat dll yg kurang baik (kpd): dirasainya tidaklah ~ kiranya ia terus belajar di sekolah malam; aku tidak sekali-kali ber­niat hendak ~ hidupmu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ru.gi.kan] | مروݢيکن

Definisi : 1 menyebabkan rugi; mendatangkan rugi: Pemogokan itu telah ~ syarikat tsb berjuta-juta ringgit. 2 membawa atau mendatangkan sesuatu yg tidak baik: Tidaklah ~ jika ia terus belajar di sekolah malam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rugi (adjektif)
Bersinonim dengan bankrap, muflis, tidak untung;,
Kata Terbitan : berugi, merugi, merugikan, kerugian,

Peribahasa

Seperti gajah putih ditambat.

Bermaksud :

Seseorang yang merugikan orang yang memeliharanya.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Mogok penulisan merugikan masyarakatIbrahim YahayaSinar Harian09.07.2008
Sifat keakuan merugikanTiadaBerita Harian15.11.1995
Bahasa meleret merugikanAwang Sulong Merah MudaBerita Harian12.04.1996
Karya duplikat merugikanOsman AyobBacaria13.04.1994
Karya duplikat merugikanKalsum AhmadBacaria05.03.1994
Tindakan gelojoh merugikan negaraFirhat AmirMingguan Tanahair17.02.1983
Cauvinis Cina merugikan SJKCAzman AnuarUtusan Malaysia03.08.2002
salah tafsir keris merugikan MelayuNazmi YaakubBerita Harian15.05.2008
Bahan bacaan ringan merugikanMohd Said SirinBerita Harian11.07.1990
Penghijrahan pensyarah perubatan merugikanTaib OsmanBerita Harian05.03.1997
12

Kembali ke atas