Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mes.ti] | مستي

Definisi : 1. tidak boleh tidak, wajib: kau ~ makan, kalau tidak sakit nanti; 2. tentu, pasti: apa Kamal buat ~lah Aini tahu; 3. patut, wajar: ketiga-tiga orang tua itu disuruh duduk, maka kepadanya dimajukan pertanyaan menurut ~ nya; semestinya 1. sepatutnya, sewajarnya: sudah ~lah ayah tidak mahu mengikut kata-kataku; 2. sebenarnya, sememangnya: ke-padanya sudahlah nyata bahawa kasih dan cinta itu bukan ~ membawa kebahagiaan; memestikan 1. mewajibkan: tiap-tiap orang Islam dimestikan berpuasa dlm bulan Ramadan; 2. menentukan, menetapkan; termesti dimestikan (diwajibkan); kemestian 1. sesuatu yg dimestikan, ke­wajiban; 2. ketentuan, ketetapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mes.ti] | مستي

Definisi : 1 tidak boleh tidak; wajib: Saya ~ pergi hari ini juga. 2 pasti; tentu: Jika tidak disudahkan kerja ini, ~ tuan akan memarahi kita. memestikan 1 mewajibkan: Kerajaan ~ setiap rakyatnya memiliki kad pengenalan. 2 menentukan; menetapkan: Kami tidak dpt ~ berapa keuntungan yg diperoleh tiap-tiap bulan. kemestian 1 sesuatu yg dimestikan; kewajipan. 2 sesuatu yg sudah ditentukan; ketentuan; ketetapan. semestinya 1 spt yg diwajibkan; sewajibnya: Sudah ~ kita taat kpd ibu bapa. 2 spt yg patut; sememangnya: Orang yg kaya tidak ~ hidup bahagia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mesti (kata tugas)
Bersinonim dengan tidak boleh tidak, wajib, perlu, hendaklah, terpaksa, jangan tidak, harus, patut, wajar, tetap, tentu;,
Kata Terbitan : semestinya, memestikan, kemestian,

Peribahasa

Kerbau menanduk,
     kerbau pergi.

Bermaksud :

Siapa yang bersalah mesti dihukum setimpal dengan kesalahannya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Mesti dibincang seriusTiadaUtusan Malaysia10.03.2009
Mesti berilmu dan bersopanAziz TalibWatan24.01.1991
Mesti tahu jenis khat dan alatannyaMuhammad Hj. SanifUtusan Melayu23.09.1993
Mesti dapatkan persetujuan dari LepasTiadaBerita Harian04.10.1972
Mesti berani sentuh bahasaTiadaWatan Minggu07.09.1997
Mesti hasilkan karya bermutu tinggi - GhazaliNazri AbdullahBerita Minggu06.12.1981
Mesti buka 'minda' dan 'sikap'Wartawan KitaUtusan Malaysia01.06.1994
Mesti diperiksa doktor dulu sebelum menjadi calonZabhaUtusan Melayu04.03.1982
Mesti liputi semuaTiadaBerita Minggu21.12.1980
Mesti Kupohon KesabaranPustaka Sri BangiMingguan Islam21.03.1988
12345678910...

Kembali ke atas