Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mua.fa.kat] | موافقت

Definisi : 1. setuju, seia sekata: maka segala hulubalang sekalian ~lah dgn kata Lak-samana itu; 2. sesuatu yg dipersetujui, pe­nyataan setuju, persetujuan: dgn ~ bersama, kami bermalam di situ; mencapai kata ~ mencapai persetujuan; 3. perundingan, pem­bicaraan, permesyuaratan: setelah sudah putus ~ itu, maka sahaya sekalian pun be-layarlah keluar dr Kuala Kelantan; 4. be­runding (bermesyuarat) dgn: hendaklah eng-kau ~ segala menteri orang besar-besarmu; 5. seia, sepakat: jangan kamu ingin akan isteri orang dan anak hamba kamu, dan hendaklah kedua kamu ~ dua bersaudara; semuafakat seia sekata, sepakat, setuju: tidak ada faham ~ dlm rombongan itu sendiri; bermuafakat berunding (utk mencapai se­suatu persetujuan), bermesyuarat: ~lah sahaya sekalian bersama-sama sebab angin terlalu keras; memuafakati 1. mengajak bercakap atau berunding (bkn sesuatu); 2. menyetujui; memuafakatkan 1. membincangkan atau membicarakan sesuatu dgn: hal ini perlu di-muafakatkan terlebih dahulu; 2. sl memper­setujukan, mempersesuaikan: baginda fikir berbicara hendak muafakatkan Seri Nara Diraja dgn Paduka Raja; kemuafakatan 1. perihal muafakat (men­dapatkan kata sepakat), kesepakatan: apa-bila sudah putuslah ~nya, maka lalulah ia belayar mengembara; 2. persetujuan, per­janjian: dgn ~ segala orang besar; permuafakatan 1. perihal bermuafakat, perundingan; 2. persetujuan, kata setuju: hal itu hanya dapat diadakan dgn kerjasama dan ~ antara para wartawan dan ahli-ahli kebudayaan; 3. mesyuarat: mesyuarat yg berminit dipandang lebih penting drpd ~ yg dibuat secara tidak rasmi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mua.fa.kat] | موافقت

Definisi : 1 seia sekata; setuju: Ia tidak ~ dgn cadangan itu. 2 sesuatu yg disetujui; persetujuan: Dgn ~ adik-beradik, kami pun berpindah dr situ. 3 perbicaraan; rundingan: Mereka mengadakan ~ dahulu sebelum bertindak. bermuafakat berunding utk mencapai sesuatu persetujuan; bermesyuarat: Mereka ~ dahulu sebelum mengambil keputusan. memuafakatkan membincangkan atau membicarakan sesuatu. kemuafakatan keadaan atau hal muafakat. permuafakatan 1 perbuatan atau hal bermuafakat; perundingan. 2 hasil drpd bermuafakat; persetujuan; kata setuju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muafakat
Kata Terbitan : semuafakat, bermuafakat, kemuafakatan, permuafakatan,

Puisi
 

Ribut-ribut bawa pukat,
     Melihat gelung di Selat Jawa;
Kita hidup tanda muafakat,
     Tolong-menolong tanda sejiwa.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Elok kata dalam muafakat,
     buruk kata di luar muafakat.

Bermaksud :

Apa yang hendak dikerjakan baik dibicarakan dulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Muafakat dan pujukan tidak berguna lagiTiadaUtusan Zaman08.01.1986
Menyatu: Muafakat Melayu ( Berilah tahu anak cucu )Ibrahim GhafarBerita Minggu18.05.2008
Berkat muafakat Dialog Utara Kedua di Medan capai kejayaanRamli IsmailUtusan Zaman25.11.1984
Ekoran krisis kepimpinan Pelita Dungun: semoga Syawal bawa muafakatZahmyBacaria14.04.1994

Kembali ke atas