Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mun.dur] | موندور

Definisi : 1. (berjalan, bergerak, dll) ke bela­kang, surut, undur, lwn mara: dia ~ setapak dan kemudian mara lagi beberapa tapak apabila polis itu beredar dr situ; 2. ki menjadi kurang (hasil pendapatan dll), berkurang, me­rosot: perusahaannya mulai ~; 3. tidak maju, terkebelakang, tertinggal, kolot: kebanyakan kaum perempuan masih lagi dlm keadaan lemah, ~, dan terkongkong; ~ maju ki tidak tetap hati, ragu-ragu; ~ teratur a) berundur dgn teratur (pasukan peperangan); b) mengundurkan diri dgn diam-diam; memundurkan menjadikan mundur, meng­undurkan, memerosotkan, mengebelakang­kan; kemunduran perihal mundur, kemerosotan: pekedai itu, sambil mengeluh, menceritakan ~ perniagaannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mun.dur] | موندور

Definisi : 1 bergerak atau berjalan ke belakang; surut; undur: Ia ~ beberapa langkah apabila ternampak akan musuh di hadapannya. 2 tidak maju; tertinggal: Sejak sakit ini, ia ~ dlm pelajarannya. 3 menjadi kurang (bkn hasil pendapatan dll); merosot (bkn perniagaan dll): Perusahaan kain batik itu sudah mula ~. memundurkan menjadikan mundur; merosotkan. kemunduran keadaan mundur; kemerosotan: ~ kita dlm lapangan sains dan teknologi perlu diatasi segera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mundur (adjektif)
1. Bersinonim dengan merosot: meleset, menjunam, jatuh, turun, susut, surut, berkurangan,
Berantonim dengan maju

2. Bersinonim dengan terkebelakang: tertinggal, tidak maju, kolot, konservatif, kuno, merosot, meleset, miskin,
Berantonim dengan maju

Kata Terbitan : memundurkan, kemunduran,

Peribahasa

Sebelum tercapai pantang surut.

Bermaksud :

Tidak mahu mundur sebelum maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Pantang patah di tengah).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Mundur kerana minda tumpulMohd. Shah AbdullahBerita Harian04.04.1990
Mundur Melayu mundurlah IslamM.N.RamlanUtusan Melayu04.10.1992
Maju mundur bahasa Melayu di tangan kitaM. Jasni MajedUtusan Malaysia18.12.2008
Maju mundur buku 2008Roosfa HashimUtusan Malaysia15.12.2008
Sastera mundur: jangan salahkan penulis sajaMaswan SallehBerita Minggu11.05.1978
Ramai penulis mundur akibat 'pukulan maut'AtondraMingguan Malaysia25.01.1981
Maju sejengkal, mundur sedepaZain MahmoodBerita Minggu07.07.1991
Maju tetapi mundur?Rustam A. SaniUtusan Malaysia14.05.1997
Bahasa Melayu mundur selangkahRustam A. SaniUtusan Malaysia15.02.1992
Gaya hidup Isan mundurAbdullah HussainBerita Harian03.08.1995
123

Kembali ke atas