Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mut.laq] | مطلق

Definisi : 1. tidak terbatas (hak, kuasa, dll), tidak bersyarat (tidak ada kecualinya), tidak ber­belah bagi (taat setia dll), lengkap, penuh, umum: Belanda bersetuju utk memberi pengakuan segera dan ~ serta tanpa syarat terhadap ke-daulatan Republik; perhubungan mereka adalah berasaskan taat setia yg ~ kpd perintah tinggi; hak ~ hak penuh; syarat ~ yg mesti ada (tidak boleh tidak); wakil ~ wakil penuh; 2. suci; air ~ air yg suci dan boleh menyucikan (spt air hujan dll); memutlakkan menyebabkan sesuatu men­jadi mutlak: jangan sampai ada orang yg menyangka bahawa Plato telah ~ undang-undang; kemutlakan perihal mutlak; pemutlakan perihal (proses atau perbuatan) memutlakkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mut.laq] | مطلق

Definisi : 1 mengenai semuanya; tidak ada kecualinya; tidak bersyarat lagi: hak ~ hak memiliki sesuatu dgn sepenuhnya; syarat ~ syarat yg mesti ada; wakil ~ wakil penuh. 2 suci: air ~ air yg suci dan boleh menyucikan (spt air hujan). memutlakkan menyebabkan sesuatu menjadi tidak ada kecualinya atau tidak bersyarat lagi; menjadikan sesuatu sbg yg mutlak. kemutlakan 1 keadaan atau sifat mutlak: Ada pihak yg melobi sokongan negara anggota utk menggagalkan ~ Malaysia sbg negara tuan rumah mesyuarat tsb. 2 sesuatu yg mutlak; yg tidak ada kecualinya: Walaupun sesetengah pihak menganggap Kaabah sbg sesuatu yg hanya sebuah bangunan, tetapi pdnya kita dpt merasakan suatu ~. pemutlakan perihal atau perbuatan memutlakkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mutlak


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Kuasa mutlak di tangan wanitaZalina Ab. WahabHarian Watan10.11.1997
Cinta Mutlak Tidak Mengikat KulubkuAtma GohSin Chew Jit Poh19.10.1979
Peranan mutlak DBP masih belum memuaskanNor ZaiUtusan Melayu25.01.1982
Bahasa:Hak mutlak mahkamah-MusaTiadaBerita Minggu09.12.1979
Menidakkan Melayu pewaris mutlak Malaysia amat malang - NajibTiadaUtusan Melayu12.11.1986
Kebebasan penulis tidak mutlakAbdul Shukor HarunBerita Harian07.07.1994
Hadiah bukan ukuran mutlakImlan AdabiWatan18.12.1990
Bahasa jang baik sjarat mutlakTiadaChatulistiwa Harian Indonesia Raya05.07.1971
Buku teks bukan sandaran mutlakTok JawiUtusan Malaysia06.03.1998
Halaman sastera bukan hak mutlakSalbiah AniBerita Harian (Sastera & Budaya)12.11.2001
12

Kembali ke atas